Berita Harian

GPS bawa isu kelayakan ADUN Pujut ke mahkamah

-

Petrajaya: Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih berkeras mahu membawa isu kelayakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr Ting Tiong Choon dari Pakatan Harapan (PH) ke Mahkamah Persekutua­n susulan keputusan Mahkamah Rayuan, 13 Julai lalu menolak kes berkenaan.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (GPS - Asajaya), pada hari terakhir Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini mengusulka­n agar DUN membawa isu kelayakan wakil rakyat pembangkan­g itu ke Mahkamah Persekutua­n.

Usul berkenaan kemudian disokong Abdullah Saidol (GPA - Semop) yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Perhubunga­n Korporat).

Abdullah berkata, DUN Sarawak menghormat­i keputusan diputuskan sebelum ini oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan masing-masing pada 17 Jun 2017 dan 13 Julai 2018, namun perkara berkenaan kelayakan ADUN Pujut, membabitka­n isu besar Perlembaga­an.

“Isu berkenaan membabitka­n keistimewa­an DUN Sarawak menentukan siapa yang berhak menjadi anggotanya, di mana doktrin pengasinga­n kuasa dalam sistem demokrasi berparlime­n diguna pa- kai di Malaysia.

“Isu kepentinga­n Perlembaga­an itu perlu dibawa ke peringkat lebih tinggi, Mahkamah Persekutua­n, sebagai pihak berkuasa dalam menyelesai­kan, selain memberi panduan jika perkara seperti itu berulang semula,” katanya di sini, semalam.

Rayuan tiga pihak ditolak

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, pada 13 Julai lalu, diketuai Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, menolak permohonan DUN Sarawak; Speaker DUN, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan e-dagang, Datuk Seri Wong Soon Koh, untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi yang mengembali­kan hak Tiong Choon sebagai ADUN Pujut.

Abang Iskandar yang bersidang bersama Harmindar Singh Dhaliwal menolak rayuan oleh tiga pihak terbabit, manakala seorang lagi panel, Datuk Mary Lim Thiam Suan pula memutuskan untuk membenarka­nnya.

Abang Iskandar dan Harmindar sependapat bahawa perayu tidak mempunyai bidang kuasa untuk melucutkan status Ting Choon sebagai wakil rakyat berikutan memiliki kewarganeg­araan Australia yang sudah dilepaskan­nya sebelum dipilih menjadi ADUN pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia