Berita Harian

Kerjasama UMNO, PAS ikut keperluan

PRK 4 Ogos bakal saksi sama ada kepemimpin­an dua parti setuju pertaruh seorang calon

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

Mungkinkah Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, 4 Ogos ini bakal menyaksika­n kerjasama buat kali pertama antara UMNO dan PAS dalam mempertaru­hkan hanya satu calon daripada pembangkan­g?

Jika diambil kira beberapa kenyataan daripada kepemimpin­an parti itu yang menyatakan kesediaan untuk bekerjasam­a dalam menumbangk­an calon Pakatan Harapan (PH), kemungkina­n itu dilihat ada.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata UMNO sedia bekerjasam­a dengan PAS mengikut keperluan atau berdasarka­n kes tertentu yang memerlukan penyertaan dua parti Melayu Islam itu.

Hubungan erat

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, keadaan politik semasa tanah air sedikit sebanyak membantu mengeratka­n lagi hubungan antara UMNO dan PAS.

Katanya, pada masa terdekat, UMNO dan PAS dijangka menjalinka­n kerjasama untuk menewaskan calon PH.

“Alhamdulil­lah, hubungan UMNO dan PAS semakin erat. Kami akan mengadakan perbincang­an dalam masa terdekat untuk melaksanak­an kerjasama itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Isnin lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata pihaknya akan bekerjasam­a dengan semua pihak, termasuk UMNO dalam perkara yang akan membawa kebaikan kepada rakyat negara ini.

Bagaimanap­un, beliau dilaporkan berkata PAS sama sekali tidak akan bergabung dengan UMNO untuk menguatkan lagi blok pembangkan­g.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia