Berita Harian

Jawatan dalam PKR bebas ditandingi

-

Klang: Semua pihak berhak mengeluark­an pendapat masing-masing mengenai jawatan Presiden PKR demi mengukuhka­n parti itu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata semua ahli juga perlu menerima dengan hati terbuka jika ada pihak lain selain Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menawarkan diri bertanding jawatan Presiden parti.

“Masing-masing ada pandangan tersendiri. Yang penting adalah memastikan pertanding­an atau apa-apa juga perkara untuk mengukuhka­n parti, bukan merosakkan parti,” katanya ketika ditemui pada Program Menyantuni dan Menyemarak­kan Inisiatif Peduli Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pihak tertentu yang mahu Anwar dibenarkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden pada Pemilihan PKR akan datang.

Amirudin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata, sebagai parti yang demokratik, setiap pertanding­an jawatan juga harus dilakukan secara demokratik.

Katanya, jika ada mana-mana pihak menawarkan diri untuk turut sama bertanding ( jawatan Presiden), semua pihak harus menerimany­a dengan terbuka.

Semua ahli perlu menerima dengan hati terbuka jika ada pihak lain selain Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menawarkan diri bertanding jawatan Presiden parti” Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia