Berita Harian

10 tahun kariah tunggu masjid

-

Klang: Kariah Surau An-nur, Bandar Puteri di sini, menantikan pembinaan sebuah masjid sejak 10 tahun lalu bagi menampung keperluan bilangan jemaah yang semakin meningkat di kawasan itu.

Ketika ini, masyarakat Islam di kawasan terbabit hanya bergantung kepada surau yang dibina sejak 2006 itu, termasuk untuk menunaikan solat Jumaat.

Pengerusi Surau An-nur, Nurul Amali Mohd Shamsudin, berkata masjid terdekat dengan kawasan itu ialah Masjid Albarakah di Taman Sentosa.

“Bagaimanap­un, masjid yang dinaik taraf daripada surau itu agak kecil dan sesak menyebabka­n jemaah lebih memilih Surau An-nur.

“Pada awalnya, penduduk Islam di Bandar Puteri menggunaka­n sebuah rumah kosong sebagai surau sementara sebelum membeli dua kontena pada 2006.

“Selepas itu, beberapa siri pembesaran ruang dilakukan dari semasa ke semasa bagi menampung bilangan jemaah semakin meningkat. Surau Annur kini boleh memuatkan kira-kira 1,400 jemaah,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Kekangan dana

Nurul Amali berkata, ketika solat Jumaat, surau itu turut menampung pekerja dari kilang di Bandar Botanik dan Bandar Putera berikutan lokasinya berdekatan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Katanya, permintaan untuk sebuah masjid sudah dibuat sejak 2008, malah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi kebenaran untuk membinanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata, pembinaan masjid baharu itu terpaksa ditunda berikutan kekangan dana tidak mencukupi.

“Kami difahamkan pembinaan masjid di Bandar Puteri memang ada dalam senarai projek kerajaan negeri tetapi tidak pasti bila akan dilaksanak­an.

“Justeru, besar harapan kami agar pembinaan masjid itu dapat dilakukan secepat mungkin selepas 10 tahun menunggu,” katanya.

Nurul Amali berkata, pembinaan masjid baharu itu kelak dijangka dapat menampung 2,500 hingga 3,000 jemaah, selain akan dimeriahka­n dengan pelaksanaa­n pelbagai aktiviti kemasyarak­atan.

Pelbagai aktiviti

“Surau kami sangat aktif dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah agama, kelas mualaf, kelas tuisyen dan lokasi kenduri,” katanya.

Bandar Puteri antara kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis selepas persempada­nan semula pada Mac lalu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis akan diadakan pada 4 Ogos depan berikutan penyandang kerusi itu, Mat Shuhaimi Shafiei, meninggal dunia akibat kanser limfoma, 2 Julai lalu.

 ?? [FOTO FAIZ ANUAR/BH] ?? Surau An-nur kini tidak mampu menampung bilangan jemaah semakin meningkat di Bandar Puteri, Klang.
[FOTO FAIZ ANUAR/BH] Surau An-nur kini tidak mampu menampung bilangan jemaah semakin meningkat di Bandar Puteri, Klang.
 ??  ?? Nurul Amali
Nurul Amali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia