Berita Harian

Pertanding­an kekalkan amalan demokrasi

-

Alor Setar: PKR Kedah mengalu-alukan amalan demokrasi dalam parti itu dengan ‘membenarka­n’ wujudnya pertanding­an melalui pemilihan jawatan Presiden pada Ogos nanti.

Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail, berkata parti itu terbuka sekiranya wujudnya pertanding­an dalam pemilihan kelak, namun memilih jalan untuk tidak menyokong mana-mana individu yang membuat keputusan untuk bertanding.

“Kita bersetuju dengan amalan demokrasi dan masih terbuka dengan semua itu dan ia adalah pegangan PKR Kedah.

Tiada sebarang seruan

“Namun pada masa sama, kita juga tidak akan membuat sebarang seruan supaya sesiapa pemimpin tertentu untuk bertanding ataupun jangan bertanding, siapa yang rasa layak bertanding­lah, ” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, semalam.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumka­n dirinya akan bertanding jawatan Presiden dalam pemilihan parti itu.

Namun, wujudnya khabar angin bahawa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut ‘berhasrat’ untuk bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti itu.

Pertanding­an terbuka

Azman berkata, pihaknya mengalu-alukan keputusan Anwar untuk bertanding berikutan kebolehan dan kelayakan Ketua Umum PKR itu membawa parti ke peringkat lebih tinggi jika dipilih sebagai Presiden.

Namun, katanya, PKR Kedah tidak pula berpandang­an bahawa satu-satu jawatan itu perlu dihadkan hanya pada seseorang.

Ditanya jika benar Mohamed Azmin mencabar Anwar, Azman berkata, pertanding­an terbuka kepada semua jika berasa diri mereka layak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia