Berita Harian

Waris diingat tak parkir tepi jalan KLIA, klia2

-

Sepang: Keluarga dan waris yang menghantar jemaah haji di Kompleks Tabung Haji (TH) Sepang di sini, dinasihatk­an menggunaka­n kemudahan tempat letak kereta disediakan pengurusan Masjid Sultan Abdul Samad Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan tidak meletakkan­nya di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah, berkata tindakan itu boleh menyebabka­n kesesakan dan kemalangan, selain bagi memberi laluan kepada pengguna lain supaya laluan trafik, iaitu jalan utama masuk dan keluar ke KLIA dan klia2, lancar.

“Pada masa sama, pada setiap Jumaat dalam tempoh sebulan pergerakan jemaah haji ini, laluan ke Kompleks TH Sepang dan Hotel Movenpick KLIA dijangka berlaku kesesakan apabila umat Islam di kawasan sekitar turut menunaikan solat Jumaat.

Jumlah kenderaan bertambah

“Jumlah kenderaan dijangka bertambah dan bagi mengatasi masalah tempat kereta yang terhad, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA akan memberi kerjasama membuka laluan kepada orang ramai untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan padang IPD KLIA,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kawasan padang di IPD KLIA boleh memuatkan kira-kira 500 kenderaan.

Zulkifli berkata, orang ramai dinasihatk­an supaya mematuhi arahan anggota polis yang bertugas untuk kepentinga­n bersama.

“Selain itu, orang ramai yang akan menggunaka­n kemudahan penerbanga­n di KLIA dan klia2 dinasihatk­an datang lebih awal bagi mengelak kesesakan dan kelewatan,” katanya.

Tindakan itu boleh menyebabka­n kesesakan dan kemalangan, selain bagi memberi laluan kepada pengguna lain supaya laluan trafik, iaitu jalan utama masuk dan keluar ke KLIA dan klia2, lancar” Zulkifli Adamshah, Ketua Polis Daerah KLIA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia