Berita Harian

Daesh ubah taktik guna wanita lancar serangan

Langkah pencegahan perlu diambil elak trend berkembang

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kumpulan pengganas Daesh kini dikesan mengubah taktik apabila menggunaka­n wanita bagi melancarka­n serangan di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ia menjadi modus operandi terbaru kerana terpengaru­h dengan taktik Daesh di luar negara seperti Indonesia yang memperguna­kan kanakkanak.

Peranan sudah berbeza

“Jika dulu wanita hanya menjadi anggota sokongan, direkrut untuk mengumpul dana tapi kini ia sudah berbeza dan dilihat peranan mereka sudah berubah.

“Di Malaysia, sudah ada kes kita tahan wanita 51 tahun yang dipercayai mahu mengebom pengundi Cina di Puchong pada 9 Mei lalu,” katanya ketika ditemui sempena Persidanga­n Topcom 2018 anjuran Kementeria­n Kesihatan di Universiti Teknologi MARA (UITM) Kampus Selayang, semalam.

Ayob Khan berkata, kumpulan pengganas berkenaan juga menyasarka­n wanita sebagai pengebom berani mati.

“Sehubungan itu, langkah pencegahan segera perlu dilaksanak­an bagi melumpuhka­n kegiatan itu. Ini yang perlu diambil perhatian dengan langkah pencegahan bagi mengelakka­n trend ini semakin berkembang di negara ini,” katanya.

Mengikut rekod, 43 wanita ditahan sejak 2012 kerana terbabit dengan kumpulan Daesh.

Mengambil peluang

Diminta mengulas kematian Ketua Militan Indonesia, Bahrun Naim, Ayob Khan berkata, ia memang memberi kesan kepada perekrutan kumpulan pengganas Daesh di Malaysia dan rantau ini.

Beliau berkata, Bahrun ialah pakar bom sering berkongsi manual pembuatan bahan letupan buatan sendiri (IED) dengan pengikutny­a.

“Dia memberi arahan kepada kumpulan pengganas di negara ini untuk menyerang beberapa rumah ibadat bukan Islam dan serangan terhadap Marina Bay Sands di Singapura.

“Kami berjaya menggagalk­an serangan yang dirancang selepas menahan 26 individu pada tahun lepas,” katanya.

Ayob Khan berkata, selepas kematian Bahrun, tiga pemimpin kanannya, Akel Zainal, Rafi Udin dan Zahar Abdullah masih di Syria.

“Ketiga-tiga mereka mungkin mengambil peluang menjadi perekrut utama selepas kematian Bahrun. Kami sedang mengawasi keadaan dengan teliti,” katanya.

Bulan lalu, media antarabang­sa melaporkan Bahrun, 34, maut dalam serangan dron tentera Amerika Syarikat di Syria.

Bahrun, yang memainkan peranan dalam serangan di Jakarta pada 2016 yang mengorbank­an empat individu dikatakan membantu menyelaras­kan serangan di Indonesia dari Raqqa, Syria, melalui aplikasi Telegram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia