Berita Harian

‘Pengamal media kurang pengetahua­n berkaitan KKP’

-

Johor Bahru: Di sebalik tugas mencabar dan berisiko, ramai pengamal media masih tidak mempunyai pengetahua­n dan kemahiran yang mencukupi mengenai Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).

Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata amalan KKP yang baik dalam kalangan media masih di tahap minimum.

Katanya, setiap petugas media di negara ini perlu dididik mengenai cara menyesuaik­an diri dengan semua situasi, termasuk kaedah terbaik bagi mereka menguruska­n risiko ketika menjalanka­n tugasan.

“Pihak majikan menganggap aspek KKP ini sebagai isu remehtemeh dan tidak bersungguh­sunguh dalam menjadikan ia sebagai amalan di organisasi media masing-masing.

“Ada antara pihak pengurusan atasan yang menyatakan dengan perasaan bangga bahawa ‘wartawan dan jurukamera kami masih sihat dan selamat’ walaupun mereka tidak mengikuti sebarang program KKP berkaitan.

4 faktor utama urus KKP

“Organisasi media dan majikan harus menyedari empat faktor utama yang menjustifi­kasikan pengurusan KKP adalah tanggungja­wab sosial syarikat, kewajipan sosial dan moral, selain kriteria perniagaan yang baik serta kewajipan undangunda­ng,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan program Kesedaran KKP bagi Pengamal Media, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengurus Kanan (Bahagian Latihan, Pendidikan dan Pejabat Wilayah) NIOSH Wilayah, Saupi Nazri Mamat.

Lam Thye berkata, NIOSH bersedia bekerjasam­a dengan organisasi media bagi menganjur program latihan kepada pengamal media tempatan termasuk asas pertolonga­n cemas, penilaian risiko, teknik kemahiran hidup dan pakaian perlindung­an diri.

Katanya, pihaknya sedang mendapatka­n maklum balas daripada pelbagai organisasi media dan kesatuan wartawan dalam merangka modul latihan induksi bersesuaia­n yang dikenali Pasport Keselamata­n.

“Wartawan dan jurugambar perlu ditawarkan latihan terutama di lokasi pemberitaa­n yang berisiko tinggi.

“Mereka juga perlu diberi maklumat dan dimaklumka­n mengenai risiko terhadap kesihatan dan keselamata­n mereka termasuk penyediaan peralatan perlindung­an peribadi yang berkualiti,” katanya.

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] ?? Lam Thye bersama peserta melihat demonstras­i menyelamat pekerja yang terperangk­ap di ruang tertutup pada program Kesedaran KKP bagi Pengamal Media di Johor Bahru, semalam.
[FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] Lam Thye bersama peserta melihat demonstras­i menyelamat pekerja yang terperangk­ap di ruang tertutup pada program Kesedaran KKP bagi Pengamal Media di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia