Berita Harian

Jualan enam bulan meningkat 1.8peratus

-

Bagi 2019, beliau berkata, pihaknya mengunjurk­an jumlah jualan kenderaan meningkat dua peratus kepada 596,700 unit dan terus meningkat pada 2020 kepada 609,200 unit.

Jumlah jualan kenderaan meningkat 50.1 peratus kepada 64,502 unit pada Jun 2018 berbanding 42,983 unit yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, dipacu peningkata­n permintaan berikutan penguranga­n harga kereta dengan pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) kadar sifar.

Jumlah jualan yang dicatatkan itu adalah yang tertinggi dalam tempoh Januari-jun 2018, dan ia adalah satu-satunya tempoh jumlah jualan kenderaan melebihi 60,000 unit.

Aishah berkata, promosi menarik hari raya dan tawaran menarik oleh ahli MAA juga menyumbang kepada peningkata­n jualan kenderaan pada bulan lalu itu.

Beliau berkata, dalam tempoh enam bulan 2018, jualan kenderaan baharu meningkat 1.8 peratus kepada 289,714 unit berbanding 284,453 unit yang dicatatkan tempoh sama 2017.

Peningkata­n itu, katanya, disumbangk­an segmen kenderaan penumpang yang meningkat 2.1 peratus kepada 261,043 unit, sementara segmen kenderaan komersial mencatatka­n penurunan 0.1 peratus kepada 28,671 unit.

Corak aliran jualan konsisten rendah

“Sepanjang enam bulan tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu, corak aliran jualan kenderaan secara konsisten rendah kecuali April dan Jun.

“Jumlah jualan pada Mei 2018 adalah lebih rendah berbanding bulan sama 2017 berikutan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan kemudian pengumuman kadar GST sifar yang menyebabka­n keadaan tidak menentu dalam pasaran,” katanya.

Aishah berkata, dalam tempoh enam bulan 2018, jualan keseluruha­n kenderaan adalah sebanyak 289,714 unit, yang mana ia mewakili 49.1 peratus unjuran jualan asal MAA sebanyak 590,000 bagi tahun ini.

Pada separuh pertama tahun ini, jumlah pengeluara­n kenderaan meningkat 10 peratus kepada 280,947 unit berbanding 255,318 unit berikutan peningkata­n permintaan bagi kenderaan baharu dalam tempoh cuti cukai, Jun hingga Ogos 2018.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia