Berita Harian

MITI tubuh pasukan petugas pantau

-

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) menubuhkan satu pasukan petugas pada bulan ini sebagai usaha memantau dan menilai perkembang­an konflik dagangan membabitka­n Amerika Syarikat (AS) dan China.

Dalam satu kenyataan semalam, MITI berkata, pasukan petugas itu akan merangka strategi bagi meringanka­n impak daripada perlindung­an perdaganga­n terbabit.

“Ia juga bertujuan memantau dan menyelaras­kan maklum balas daripada pelbagai pemegang kepentinga­n terhadap peningkata­n konflik perdaganga­n As-china.

“Pasukan petugas itu akan turut bertindak sebagai titik tumpuan buat pihak berkepenti­ngan untuk menyampaik­an pandangan, komen, dan maklum balas mereka.

“Syarikat yang beroperasi di Malaysia digalakkan untuk berhubung dengan pasukan petugas itu mengenai sebarang cabaran dihadapi mereka disebabkan ketegangan perdaganga­n yang sedang ber- langsung kini.

“Pasukan petugas itu boleh dihubungi di taskforce.tc@miti. gov.my,” katanya.

Mengulas lanjut MITI berkata, kerajaan akan terus bekerjasam­a dengan semua negara untuk memastikan dasar perlindung­an bukan menjadi dasar pilihan di mana-mana negara.

“Malaysia juga akan menggarisk­an kebimbanga­n kami pada forum ASEAN dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mengenai perkara ini.

Kesan konflik perdaganga­n

“Semua negara sepatutnya berhenti menyebarka­n dasar perlindung­an ini dan sebaliknya aktif berhubung dalam mencari langkah penyelesai­an terbaik dan menyelesai­kan isu perdaganga­n menerusi dialog pelbagai hala seperti Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO).

“Ini adalah untuk memastikan bahawa dasar perdaganga­n dapat dilaksanak­an dengan berkesan dalam mengukuhka­n sistem perdaganga­n pelbagai hala,” katanya.

MITI berkata, konflik perdaganga­n tidak pernah menjadi langkah yang bermanfaat bagi mana-mana negara kerana sekatan perdaganga­n dan tindak balas kepadanya akan menyakiti semua pihak, terutama negara kecil.

Menurut MITI, konflik itu bukan sahaja menjejaska­n AS dan China, tetapi juga mencetuska­n tindak balas daripada banyak negara lain yang terkesan.

“Antara tindak balas itu adalah pelancaran siasatan keselamata­n oleh Kesatuan Eropah (EU) pada Mac 2018 terhadap 23 produk besi dan keluli dan diikuti oleh Turki terhadap banyak produk besi dan keluli pada Mei 2018.

“Ia tidak berhenti di situ kerana Kanada juga menimbangk­an untuk mengenakan kuota dan tarif untuk menghentik­an kenaikan import keluli asing yang beralih dari AS.

“Melihat kepada trend yang mengejutka­n ini, kitaran perlindung­an yang zalim akan berlaku dan menimbulka­n ancaman kepada perdaganga­n dunia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia