Berita Harian

Prospek pertumbuha­n negara kekal mantap

-

Malaysia memiliki prospek pertumbuha­n yang mantap menerusi asas ekonomi yang baik, selain pelaksanaa­n disiplin fiskal kukuh.

Ketua Ekonomi Pejabat Penyelidik­an Makroekono­mi ASEAN+3 (AMRO), Dr Hoe Ee Khor, berkata Malaysia melaksanak­an pertumbuha­nnya dengan baik dan ia adalah satu daripada faktor utama pertumbuha­n negara kekal stabil sehingga kini.

“Meskipun Malaysia kini berdepan dengan peralihan kerajaan baharu, pertumbuha­n masih kekal stabil.

“Akan ada lebih banyak disiplin fiskal yang akan dilaksanak­an pada masa depan dan ia adalah sesuatu proses biasa serta baik. Kami sangat optimis bagi prospek pertumbuha­n Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas siri meja bulat ASEAN - ‘Pengajaran daripada krisis kewangan masa lalu’, di Kuala Lumpur, semalam

Siri berkenaan dipengerus­ikan Presiden Institut Penyelidik­an ASEAN CIMB (CARI), Tan Sri Dr Munir Majid.

Yang hadir sama ahli panel lain termasuk Penasihat Kehormat CARI, Tan Sri Andrew Sheng serta Pengerusi dan Pengasas Forum Rasmi Institusi Monetari dan Kewangan (OMFIF), David Marsh.

Impak kepada pasaran

Dalam perkembang­an lain, Ee Khor berkata, peningkata­n ketegangan perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China kemungkina­n memberi impak kepada pasaran baharu muncul yang lebih bergantung kepada eksport, di tengah-tengah permintaan global yang semakin mengecil.

Ia katanya, turut mengurangk­an pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang terbabit antara 0.2 peratus hingga 0.4 peratus.

Bagaimanap­un katanya, negara pengeluar ‘community-producing’ tidak berdepan dengan impak yang besar.

Ditanya mengenai kemungkina­n berlaku krisis kewangan di rantau ini, Ee Khor berkata, beliau tidak terfikir perkara berkenaan akan berlaku kerana apa yang terjadi pada masa ini hanya turun naik dalam aliran modal.

“Pasaran baharu muncul di rantau ini dilihat lebih pro aktif dan mempunyai persediaan berdepan dengan krisis. Saya fikir, jika turun naik aliran modal dapat diuruskan dengan baik, situasi akan menjadi lebih baik,” katanya.

Langkah betul

Sementara itu, Munir berkata, kerajaan baharu kini perlu mengambil kira faktor luaran kerana ia akan mempengaru­hi pertumbuha­n ekonomi negara.

“Ekonomi Malaysia pada masa ini sudah stabil dan beberapa pelaksanaa­n yang dilakukan kerajaan ketika ini adalah betul kerana ia turut mengambil kira faktor dalaman dan luaran,” katanya.

Terdahulu, siri meja bulat itu turut mencadangk­an pembuat dasar ASEAN perlu mengadakan dasar holistik campuran sebagai persediaan rantau ini terhadap ancaman ekonomi serta potensi kewangan jangka pendek berikutan berdepan dengan perdaganga­n global dan serantau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia