Berita Harian

TMCB perkukuh segmen hospital

-

TMC Life Sciences Bhd (TMCB) menyasarka­n pertumbuha­n berganda pendapatan­nya akan disumbang oleh segmen perniagaan hospital dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Roy Quek Hong Sheng, berkata segmen hospital yang menyumbang 80 peratus daripada pendapatan keseluruha­n kumpulan bakal meningkat apabila projek penambahan kapasiti Hospital Thomson Kota Damansara (HTKD) siap sepenuhnya pada 2020, manakala Thomson Iskandar Medical Hub (TIMH) di Vantage Bay Johor juga bakal disiapkan.

Hong Sheng berkata, ia dijangka mengukuhka­n lagi kedudukan kumpulan perubatan itu dan menjadi peneraju sektor perkhidmat­an penjagaan kesihatan di Malaysia.

“Sasaran kumpulan adalah menjadi kumpulan kesihatan terbesar dan antara yang memberikan perkhidmat­an kesihatan terbaik bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh rantau ini.

“Kami kini dalam proses menaik taraf HTKD yang bakal memuatkan 600 buah katil dengan tambahan perkhid- matan kesihatan menyeluruh yang lain.

Hab kesihatan utama di Johor

“Bagi TIMH pula, ia dijangka siap pada 2021 dan bakal menjadi hab kesihatan utama di Johor Bahru. Ia bakal menjadi pusat rujukan kesihatan strategik.

“Ia bukan sahaja bagi penduduk setempat tetapi kami juga menumpukan kepada perkhidmat­an pelanconga­n kesihatan dan sasaran kami adalah mereka dari Indonesia, Brunei dan Singapura.

“Selain itu kita juga merancang seperti penambahan hospital dan kolej kesihatan. Sasaran kami adalah mempunyai hospital di bawah jenama TMCB di setiap bandar utama,” katanya selepas majlis penjenamaa­n semula dan pecah tanah HTKD di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, YB Shatiri Mansor.

Yang turut hadir Pengerusi TMCB, Prof Emeritus Datuk Dr Khalid Abd Kadir serta Ketua Pegawai Korporat Kumpulan dan CEO HTKD, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia