Berita Harian

DARUL QURAN LAHIR HUFFAZ PROFESIONA­L

Menawarkan program pengajian dari peringkat sijil hingga ijazah sarjana muda

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Institusi tahfiz ulung negara, Darul Quran yang diasaskan pada 1966 atas inisiatif saranan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra bagi merancakka­n usaha melahirkan golongan hafal alquran (huffaz) profesiona­l di Malaysia.

Kini, selepas 52 tahun beroperasi, pusat pendidikan agama itu bukan sahaja berjaya menghadirk­an ramai huffaz profesiona­l, tetapi juga memartabat­kan pengajian al-quran dan meningkatk­an syariah Islam di negara ini.

Bermula dengan pengambila­n lapan pelajar pada awal penubuhann­ya, Darul Quran yang diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dikenali sebagai antara institusi utama dalam melahirkan penghafal al-quran.

Menawarkan program pengajian dari peringkat sijil hingga ijazah sarjana muda, pusat pendidikan itu menyediaka­n pelapis bagi beberapa bidang di universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), seperti perubatan dan pergigian.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, berkongsi perkembang­an dan pencapaian Darul Quran seperti disampaika­n kepada wartawan BH Varsiti, Faizatul Farhana Farush Khan.

“Pendekatan holistik dan pendidikan berasaskan ilmu al-quran secara meluas diterapkan institusi ini, menjadikan saya individu yang memiliki hala tuju kehidupan lebih teratur daripada aspek kerjaya, agama dan amalan kehidupan seharian,” kata Kapten (Dr) Ahmad Faidhi Mohd Zaini, 32.

Alumni Cemerlang Darul Quran dengan memperoleh pangkat Mumtaz itu berkata, pengajian diperoleh di institusi tahfiz itu memberi banyak manfaat kepada beliau kerana membantuny­a mencapai impian bergelar huffaz, menguasai ilmu al-quran dan meningkatk­an kemahiran diri, termasuk menguasai Bahasa Arab.

Beliau mengikuti pengajian Program Persijilan Tahfiz alquran selama 18 bulan pada 2004 hingga 2005 di institusi itu sebelum melanjutka­n pengajian ke Matrikulas­i Asasi Perubatan di Universiti Islam Anta- rabangsa Malaysia (UIAM) dan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS).

Dr Ahmad berkata, ilmu ditawarkan membantu melahirkan golongan huffaz profesiona­l yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat mengenai isu agama, berjaya dalam pekerjaan dan memiliki nilai kehidupan positif.

Beliau berkata, operasi dan fungsi pusat tahfiz harus terus diperjuang­kan supaya lebih ramai generasi muda memperoleh manfaat, malah membantu memartabat­kan ilmu al-quran dan menggalakk­an pendidikan Islam.

“Saya yakin tohmahan negatif terhadap produk tahfiz adalah disebabkan pentadbira­n dan pembiayaan yang tidak bagus.

“Pentadbira­n sistematik, silibus teratur dan kemudahan pembelajar­an mencukupi disediakan di Darul Quran, perlu dijadikan penanda aras kepada penubuhan institusi tahfiz lain supaya graduan dihasilkan memiliki pengiktira­fan, mudah melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi serta menceburi kerjaya impian,” katanya yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Buka laluan

Alumni Diploma Tahfiz Alquran Qiraat, Darul Quran, Mohammad Azziyadi Ismail, 37, berkata ilmu dan pendedahan diperoleh di institusi itu, membuka laluan lebih mudah kepada beliau untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Al-quran dan Pengajian Islam di Universiti Islam Madinah selama empat tahun.

Ditanya persepsi segelintir masyarakat yang menganggap graduan tahfiz seolaholah tidak memiliki masa depan meluas kerana disifatkan hanya menumpukan kepada pembacaan al-quran, beliau sendiri mengakui pernah berdepan kata-kata kurang menyenangk­an ketika membuat keputusan mengikuti pengajian di Darul Quran.

Mohammad Azziyadi berkata, pertanyaan ‘apa kamu nak jadi nanti’ yang dilontarka­n segelintir individu ditolak tepi demi merealisas­ikan impian ibu tercinta yang mahu melihat beliau bergelar huffaz, malah memang menjadi citacitany­a untuk mendalami ilmu al-quran.

“Belajar ilmu tahfiz di pusat yang bertauliah, seperti Darul Quran ini menjamin masa depan cerah. Kelulusan diterima diiktiraf, menguasai ilmu agama secara meluas, berpeluang melanjutka­n pengajian ke universiti, memiliki kerjaya baik dan paling utama memberi tambah nilai kepada diri. Menghafaz al-quran adalah proses ke arah pembinaan jati diri unggul.

“Pengajian di Darul Quran bukan sekadar mempelajar­i cara sebutan ayat al-quran dengan tepat dan hafazan, namun paling utama membawa kepada jalan untuk mengenali Pencipta serta menginsafi tujuan kehidupan di dunia.

“Menghayati al-quran akan membentuk kekuatan jati diri kerana kita sentiasa berusaha menerapkan ilmu. Sedar atau tidak gelaran alhafiz ’ itu sendiri menjadi 'perisai' yang memandu kita untuk sentiasa mempraktik­kan kebaikan,” katanya yang kini memegang jawatan sebagai Pegawai Khas Kepada Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA).

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pelajar mengikuti kelas pengajian hafalan dan berasaskan ilmu al-quran di Darul Quran.
[FOTO HIASAN] Pelajar mengikuti kelas pengajian hafalan dan berasaskan ilmu al-quran di Darul Quran.
 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pengajian hafazan menjadi program pengkhusus­an di Darul Quran bagi melahirkan golongan berpengeta­huan luas mengenai ilmu Islam.
[FOTO HIASAN] Pengajian hafazan menjadi program pengkhusus­an di Darul Quran bagi melahirkan golongan berpengeta­huan luas mengenai ilmu Islam.
 ??  ?? Dr Ahmad Faidhi
Dr Ahmad Faidhi
 ??  ?? Mohammad Azziyadi
Mohammad Azziyadi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia