Berita Harian

Minat menguasai kandungan al-quran

-

Kuala Lumpur: Bermula daripada amalan menghafal juzuk al-quran ketika zaman persekolah­an menengah, menjadi titik tolak kepada Muhammad Na’imullah Mat Nadzir untuk mengikuti pengajian di Darul Quran.

Pelajar Diploma Tahfiz Alquran dan Qiraat itu berkata, selepas dimaklumka­n bapa saudara yang juga tenaga pengajar di Darul Quran bahawa pusat itu menawarkan peluang kepada individu untuk mendalami hafalan alquran, beliau teruja mengikuti pengajian.

Katanya, minat dan sokongan daripada keluarga, terutama ibu bapa yang mahu beliau serius meneruskan minat menguasai kandungan al-quran, membuatkan beliau mendaftark­an diri sebagai pelajar di situ sejak dua tahun lalu.

“Saya cukup gembira apabila mengetahui peranan dimainkan Darul Quran yang boleh merealisas­ikan impian saya bergelar tahfiz.

“Pada masa sama, saya juga memperoleh pelbagai ilmu berkaitan Islam merangkumi keperluan cara hidup yang meluas,” kata pelajar semester limaitu.

Pengajian semester

Muhammad Na’imullah berkata, sistem pengajian berdasarka­n semester diguna pakai Darul Quran, memudahkan penyampaia­n ilmu.

Katanya, sepanjang pengajian, pelajar akan mengikuti penyampaia­n ilmu mengikut semester membabitka­n topik berbeza, contohnya ulul al-quran, akidah dan isu semasa yang semuanya berkaitan Islam.

Beliau berkata, kaedah pembelajar­an menghafal alQuran diterapkan di situ juga istimewa kerana setiap pelajar boleh mencari cara sesuai dengan keupayaan dan keselesaan mereka.

“Dengan pelajar berlainan latar belakang yang mengikuti pengajian di sini, kita boleh mendapat banyak pengalaman, termasuk melihat cara mereka menghafal serta mempraktik­kannya sesuai dengan kemampuan,” katanya.

Muhammad Na’imullah berkata, fungsi dimainkan Darul Quran cukup besar kerana melahirkan tahfiz yang boleh memberi manfaat kepada syariat Islam secara berterusan.

“Bukan mudah menghafal al-quran, justeru kewujudan pusat tahfiz ini dan komitmen tinggi pensyarah dalam mendidik pelajar memberi semangat kepada mereka untuk menguasai ilmu terbabit,” katanya yang memperoleh keputusan Purata Nilai Gred 3.84.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Graduan Darul Quran diiktiraf melanjutka­n pengajian di universiti di dalam dan luar negara, selain memiliki masa depan kerjaya profesiona­l yang cerah.
[FOTO HIASAN] Graduan Darul Quran diiktiraf melanjutka­n pengajian di universiti di dalam dan luar negara, selain memiliki masa depan kerjaya profesiona­l yang cerah.
 ??  ?? Muhammad Na’imullah
Muhammad Na’imullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia