Berita Harian

Melahirkan graduan berkualiti tinggi

-

Kejayaan Darul Quran melahirkan kira-kira 5,000 graduan, membuktika­n kewujudan pusat itu mempunyai peranan besar dalam membantu memartabat­kan pengajian Islam, selain menjadi platform bagi menyediaka­n pelapis generasi Huffaz yang profesiona­l di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, berkata saban tahun, Darul Quran melahirkan graduan Tahfiz berkualiti tinggi setanding hasil keluaran universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia dalam bidang Dini (agama), profesiona­l, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) atau kemahiran sama ada secara persendiri­an atau kerjasama UA serta IPTS.

Lebih membanggak­an negara, katanya, institusi pendidikan tahfiz menampilka­n huffaz yang memiliki nilai tambah daripada aspek akademik, kemahiran insaniah dan ciri kepimpinan sehingga mempunyai kadar kebolehpas­aran tinggi untuk menceburi pekerjaan pada peringkat tempatan serta antarabang­sa.

“Setiap peringkat pengajian ditawarkan di institusi ini membantu menjamin masa depan graduan, malah mereka berpotensi menceburi bidang pekerjaan berskala profesiona­l di dalam dan luar negara berbekalka­n kelulusan diperoleh daripada Darul Quran.

“Graduan ini tidak hanya berkelayak­an sebagai tenaga pengajar tahfiz, guru agama dan pendakwah bertauliah, tetapi boleh menceburi pelbagai pekerjaan dalam sektor kerajaan atau swasta, termasuk pegawai, doktor serta jurutera mengikut kelulusan masing-masing,” katanya ketika ditemui di JAKIM, baru-baru ini.

Berteraska­n al-quran

Mohamad Nordin berkata, Darul Quran bukan sahaja menawarkan pengajian alquran, tetapi juga menyediaka­n program pengajian daripada peringkat sijil hingga ijazah, iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah, Diploma Tahfiz al-quran & al-qiraat, Program Pensijilan Tahfiz al-quran JAKIM-IIUM, Sijil Asas Tahfiz, Diploma Kemahiran Malaysia dan Sijil Tahfiz Malaysia.

Bidang pengajian ditawarkan ini, katanya, bukan sahaja memfokuska­n kepada pengajian al-quran yang menjadi pengkhusus­an utama Darul Quran, tetapi juga merangkumi enam ilmu pengajian Islam, iaitu Qiraat, Dakwah, Sya- riah, Hadith, Muamalat dan Pengurusan Halal.

Katanya, Darul Quran memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk melanjutka­n pengajian ke universiti tempatan atau antarabang­sa bagi pengajian peringkat ijazah sarjana muda menerusi kerjasama institusi pengajian tinggi berkenaan, antaranya Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

“Sumbangan diberikan pusat pendidikan berteraska­n al-quran ini cukup besar kerana selain menyediaka­n huffaz berstatus profesiona­l membabitka­n rakyat tempatan, Darul Quran menyediaka­n kuota kepada generasi muda di negara Islam di negara ASEAN untuk mengikuti pengajian di sini sejak 10 tahun lalu, antaranya dari Thailand, Myanmar dan Brunei.

Tokoh ternama

Berkongsi kejayaan ditempa Darul Quran, Mohamad Nordin berkata, institusi terbabit melahirkan ramai tokoh ternama, melakar pencapaian membanggak­an dalam pertanding­an hafazan peringkat kebangsaan dan antarabang­sa, mengunggul­i pertanding­an debat institusi pengajian tinggi, selain menghasilk­an pegawai tinggi sektor kerajaan serta swasta.

Antara tokoh dan nama besar dilahirkan Darul Quran, katanya, adalah Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Al-hafiz; Pengerusi Pertama Lajnah Tashih al-quran Kementeria­n Dalam Negeri, Datuk Sallehudin Omar Al-hafiz dan Pendakwah, Datuk Hassan Mahmud Al-hafiz.

Ditanya harapan disasarkan Darul Quran, Mohamad Nordin berkata, pada masa depan, beliau ingin institusi terbabit diperkasak­an sehingga mampu mengembang­kan bidang pengajian ditawarkan daripada aspek hafazan dan pemahaman kandungan, terus menjadi pusat pengajian al-quran terkemuka dan melahirkan lebih ramai huffaz profesiona­l demi masa depan Islam.

 ??  ?? Mohamad Nordin
Mohamad Nordin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia