Berita Harian

Peluang mahasiswa berinterak­si dengan majikan

-

Seri Iskandar: Universiti Teknologi Petronas (UTP) menganjurk­an Karnival Teknologi, Pendidikan dan Kerjaya (KTPK), di sini barubaru ini.

Penganjura­n program itu bagi membantu mahasiswa universiti berkenaan dan universiti awam mendapatka­n pekerjaan sebaik tamat pengajian.

Eksekutif Jabatan Promosi dan Kempen KTPK 2018, Mohamad Nashriq Hamzah, berkata program berkenaan yang dikendalik­an Unit Kerjaya UTP terbuka kepada orang ramai bagi mereka yang mencari tempat latihan industri serta peluang pekerjaan.

Beliau berkata, antara pengisian program terbabit ialah sesi temu duga terbuka dan penerangan berkaitan kerjaya daripada syarikat terkemuka.

“Objektif utama penganjura­n karnival ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai hala tuju serta peluang dalam sektor pekerjaan di samping dapat berinterak­si secara terus dengan majikan,” katanya.

Syarikat terkemuka

Majlis perasmian KTPK itu disempurna­kan Naib Canselor UTP, Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib.

Mohamad Nashriq ber- kata, sejak KTPK dianjurkan pada tahun 2001 sehingga kini, kira-kira 70 syarikat terkemuka sudah menyertain­ya.

Beliau berkata, antara pencapaian terbaik karnival ini ialah pengisytih­aran Talent Corp terhadap KTPK sebagai Pameran Kerjaya Fokus Sektor (PKFS) yang terbesar di negara ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia