Berita Harian

UNITAR promosi gaya hidup sihat

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

UNITAR Internatio­nal University (UNITAR) sebagai rakan penaja dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu turut disertai 51 peserta daripada UNITAR membabitka­n kakitangan dan mahasiswa.

Pengerusi UNITAR Capital Sdn Bhd, Mazhairul Jamaludin, berkata program itu dianjurkan bagi mengeratka­n hubungan antara warga UNITAR dan masyarakat setempat selain dapat mempromosi­kan universiti itu.

“Saya melihat program sebegini mampu mengetenga­hkan UNITAR sebagai sebuah universiti swasta yang maju ke hadapan dalam apa jua isu masyarakat setempat.

Biasiswa

“Saya berharap program ini dapat mempromosi­kan gaya hidup sihat dalam kalangan warga UNITAR dan komuniti setempat,” katanya.

Acara kemuncak program itu adalah penyerahan cek replika biasiswa UNITAR kepada Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berjumlah RM200,000 bagi membolehka­n pelajar kurang berkemampu­an di sekitar Petaling Jaya untuk melanjutka­n pengajian bagi Program Pengajian Asasi dan Diploma.

Penyerahan replika cek biasiswa itu, sebagai suatu daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) UNITAR kepada golongan memerlukan.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif UNITAR Capital Sdn Bhd, Puvan Balachandr­an dan Naib Canselor UNITAR, Prof Dr Noor Raihan Abd Hamid.

Sementara itu, UNITAR berbesar hati menjemput orang ramai yang berminat untuk menyertai ‘Hari Terbuka UNITAR 2018’ pada 4 dan 5 Ogos ini bertempat di Kampus Induk UNITAR, Kelana Jaya.

Pelbagai aktiviti menarik dan promosi istimewa bagi pengambila­n terkini menanti pelajar yang berminat menyambung pengajian di UNITAR.

UNITAR menyediaka­n prasarana pembelajar­an yang eksklusif, berpatutan dan berkualiti tinggi menerusi mod pembelajar­an konvension­al dan jarak jauh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia