Berita Harian

Program Jelajah Desa, bantu masyarakat sekitar

-

Bagan Serai: Mahasiswa Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) menganjurk­an program Jelajah Desa 1.0 Perak yang berlangsun­g selama tiga hari di Kampung Padang Lalang, di sini, baru-baru ini.

Program bakti siswa itu dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Mahallah Safiyyah dan Mahallah Zubair Alawwam dengan disertai seramai 69 pelajar.

Pengarah program, Ayu Ulan Dari Bacho@bojok, 22, berkata program yang dianjurkan itu dapat mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan pelajar dan masyarakat kampung.

Selain itu, beliau berkata, program berkenaan dapat mendedahka­n beberapa kemahiran hidup di kampung seperti bekerjasam­a dan gotong-royong bersama masyarakat setempat.

“Pelajar dapat mempelajar­i banyak perkara baharu dan memberikan mereka pengalaman berbeza apabila menjayakan program berkenaan seperti melakukan rewang bersama penduduk kampung,” katanya.

Tujuh kampung

Sebanyak tujuh kampung terbabit dalam program berkenaan, iaitu Kampung Padang Lalang, Kampung Parit Haji Aman, Kampung Parit Ali Kalang, Kampung Parit Air Hitam, Kampung Parit Mat Keling, Kampung Parit Gabis dan Kampung Parit Hj Ali.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tiga hari itu ialah keluarga angkat, aktiviti membersihk­an surau, kawasan kampung dan majlis rewang bagi menyediaka­n makan malam untuk peserta serta penduduk kampung.

Selain itu, pelajar menjalanka­n aktiviti motivasi dan gotong-royong serta melukis mural di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Aman dan SK Haji Taib.

Beliau berkata, objektif penganjura­n program itu bagi membina semangat kesukarela­wan di samping memupuk rasa tanggungja­wab dan kepentinga­n berbakti kepada masyarakat.

 ??  ?? Program motivasi bersama pelajar sekolah.
Program motivasi bersama pelajar sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia