Berita Harian

UNIMAS, Press Metal anjur sesi temu duga

-

Press Metal Sarawak Sdn Bhd (Press Metal) dengan kerjasama Fakulti Kejurutera­an, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurk­an temu duga terbuka untuk graduan kejurutera­an universiti itu bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai jurutera bersekutu di syarikat berkenaan.

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Kejurutera­an UNIMAS, Dr Nazeri Abdul Rahman, berkata tujuan utama temu duga terbuka itu adalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mengisi 10 jawatan jurutera terdiri daripada pelajar kejurutera­an UNIMAS jurusan Kimia, Mekanikal dan Pembuatan, Jabatan Elektrik dan Elektronik.

“Program ini adalah peluang keemasan kepada graduan UNIMAS kerana Press Metal adalah syarikat aluminium yang berpangkal­an di Malaysia dan kini menjadi pengeluar aluminium bersepadu terbesar di Asia Tenggara.

Kerjaya jurutera

“Sesi temu duga dikendalik­an Eksekutif Kanan, Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbira­n, Press Metal, Chua Suk Ju yang juga lulusan UNIMAS dari Fakulti Sains Sosial.

“Seramai 28 calon hadir untuk ditemu duga membabitka­n pelbagai jabatan malah ada yang datang dari Bintulu bagi menghadiri sesi kali ini,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Sesi temu duga sehari itu berlangsun­g di Fakulti Kejurutera­an UNIMAS.

Sementara itu, graduan jurusan kejurutera­an kimia UNIMAS, Dayang Noor Azie Abang Zainal Abidin, berkata beliau mendapat maklumat mengenai sesi temuduga terbuka itu melalui aplikasi Whatsapp yang dikongsi oleh pihak universiti.

“Saya memang meminati kerjaya sebagai jurutera dan sesi temu duga ini adalah yang keempat untuk saya dalam usaha mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajian bulan lalu.

“Seperti kebanyakan sesi temu duga lain, pelbagai persediaan dibuat, termasukla­h mendapatka­n maklumat mengenai latar belakang syarikat,” katanya.

 ??  ?? Sebahagian graduan yang hadir untuk sesi temu duga bersama Press Metal di UNIMAS, baru-baru ini.
Sebahagian graduan yang hadir untuk sesi temu duga bersama Press Metal di UNIMAS, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia