Berita Harian

UPM lahir usahawan pertanian cemerlang

-

Kuala Lumpur: Program Inkubasi Usahawanta­ni yang dilaksanak­an sejak 2012 oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencapai matlamat dalam melahirkan usahawan terutamany­a dalam kalangan siswazah bidang pertanian.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UPM, Prof M Iqbal Saripan, berkata sehingga kini program itu sudah melahirkan 163 alumni program inkubasi yang berjaya menubuhkan 90 syarikat berteraska­n keusahawan­an pertanian ke arah membantu sektor pertanian negara.

“Pelaksanaa­n program yang dikendalik­an Fakulti Pertanian UPM ini selari dengan strategi pembanguna­n usahawan UPM dan hasrat negara bagi melahirkan lebih ramai usahawan muda bidang pertanian dalam kalangan siswazah,” katanya pada majlis penutup Program Inkubasi Usahawanta­ni 2018, di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Dekan Fakulti Pertanian UPM, Prof Dr Shukor Juraimi.

Bekas graduan

Tahun ini, seramai 27 peserta mengambil bahagian dan sebanyak 10 syarikat berjaya ditubuhkan.

Sementara itu, Prof Shukor berkata, program itu dijalankan selama enam bulan di kampus UPM dengan melatih bekas graduan dari seluruh negara untuk menjadi usahawan cemerlang dalam bidang pertanian.

“Kursus enam bulan ini merangkumi modul tana- man (fertigasi), akuakultur, ternakan ayam kampung kacukan dan ternakan ruminan yang merangkumi aspek pengeluara­n, pemprosesa­n dan perniagaan tani.

“Berikutan kejayaanny­a, program ini diperluask­an ke UPM Kampus Bintulu,” katanya.

Peserta modul akuakultur program inkubasi, Mohd Ihsan Jailan, berkata program itu memberikan pendedahan kepada beliau dalam bidang keusahawan­an serta pengusahaa­n ternakan ikan air tawar.

“Saya merancang untuk menguruska­n ladang berkonsepk­an ekopelanco­ngan di Pangsun, Hulu Langat bersama-sama rakan kongsi serta menjadikan ternakan ikan air tawar seperti ikan kelah dan ikan talapia seba- gai sumber ekonomi utama ladang,” katanya.

Peserta modul ternakan ayam kampung kacukan, Muhamad Qayyum Aznam Shah, pula berkata beliau memang meminati bidang pertanian dan gemar untuk bekerja sendiri sekali gus mendorong beliau mengikuti program itu.

“Saya mengikuti modul ini kerana ayam kampung mempunyai permintaan tinggi tetapi pengeluara­nnya masih lagi terhad. Saya bercadang memperting­katkan lagi ilmu pengurusan ayam kampung pada masa akan datang melalui penyertaan program ini,” katanya.

 ??  ?? Peserta Program Inkubasi Usahawanta­ni 2018 bergambar kenangan sempena majlis penutup program berkenaan, baru-baru ini.
Peserta Program Inkubasi Usahawanta­ni 2018 bergambar kenangan sempena majlis penutup program berkenaan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia