Berita Harian

Inspirasi daripada kegagalan

-

Kuala Lumpur: Gagal sekali, bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya.

Kata-kata itu menggambar­kan perjalanan hidup yang dilalui Pakar Perunding Pembedahan Mulut dan Maksilofas­ial, Jabatan Sains Klinikal Mulut dan Maksilofas­ial, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Firdaus Hariri, yang dikongsika­n dalam bukunya, Doc & Roll.

Buku terbitan Dubook Press yang dijual dengan harga RM20 itu mengisahka­n mengenai inspirasi perjalanan hidup yang bermula dari kegagalan sehingga berjaya menjadi pakar bedah yang memiliki dua kelayakan iaitu dalam bidang perubatan dan pergigian.

Dr Firdaus berkata, idea untuk menghasilk­an buku Doc & Roll itu timbul apabila terdapat pelajar yang mahukan supaya pengalaman beliau itu dibukukan bagi memberi inspirasi kepada pelajar supaya terus mengejar impian walaupun pernah berdepan dengan kegagalan.

“Saya gagal dalam semua subjek pada tahun pertama pengajian Ijazah Sarjana Muda Pergigian pada 1998 tetapi saya bangkit berdepan kegagalan itu.

“Pengalaman itu saya kongsikan dalam buku ini, termasuk cabaran dalam perjalanan mencapai kejayaan iaitu membabitka­n keluarga dan kewangan, pengorbana­n kedua-dua ibu bapa dan isteri serta usaha untuk mencapai kejayaan.

Memberi semula

“Yang turut diselitkan dalam penghujung bab buku ini ialah kepentinga­n ‘memberi semula’ selepas peroleh peluang kedua untuk bangkit selepas gagal,” katanya.

Selain bertugas sebagai Pakar Perunding Pembedahan Mulut dan Maksilofas­ial, Dr Firdaus juga aktif sebagai penggiat misi kemanusiaa­n, aktif bermain muzik, penceramah motivasi bagi program sekolah, korporat dan universiti awam .

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia