Berita Harian

Bantu jana pendapatan penduduk kampung

Muhammad Alif aktif dalam kesukarela­wanan sejak menjejakan kaki ke menara gading

- Oleh Nor Azma Laila

Semangat kesukarela­wanan perlu dipupuk pada peringkat awal dalam diri setiap mahasiswa sebagai sebahagian daripada proses pembelajar­an secara tidak formal selain usaha untuk mematangka­n diri. Demikian pandangan mahasiswa jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Kimia, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Muhammad Alif Mahiddin, 24, mengenai aktiviti kesukarela­wanan yang diceburiny­a sejak menjejakka­n kaki ke menara gading.

“Sebagai mahasiswa kita harus melengkapk­an diri dengan ilmu yang bukan sahaja ditimba melalui aktiviti pembelajar­an dalam bilik kuliah semata-mata, bahkan harus juga menimba pengalman di luar kampus melalui aktiviti bersama masyarakat.

“Mahasiswa mampu menjadi contoh terbaik kepada masyarakat dan saya berpendapa­t program kesukarela­wanan mampu melahirkan mahasiswa yang lebih bertanggun­gjawab dan berhadapan cabaran semasa,” katanya.

Anak kelahiran Pasir Gudang Johor itu berkata, aktiviti luar kuliah sangat penting dalam membentuk keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunia luar selain dapat mengajar erti kehidupan sebenar.

Beri bimbingan

Beliau bertuah apabila pihak universiti juga banyak menganjurk­an program khidmat sosial dalam menjayakan inisiatif Mygift dan Universiti Komuniti yang memberikan peluang seluas-luasnya buat mahasiswa untuk terbabit dalam dunia kesukarela­wanan.

Bagi Muhammad Alif, kesibukan menghadiri kuliah dan projek penyelidik­an tidak menghalang­nya terbabit dengan aktiviti khidmat komuniti.

Katanya, antara pengalaman berharga yang diperoleh sepanjang menyertai program kesukarela­wanan ini ialah apabila berpeluang mengetuai program (CEDP). “Melalui program ini, kumpulan saya membantu memberi bimbingan, galakan dan motivasi terhadap golongan mualaf di Kampung Sepinang, Segamat melalui aktiviti penanaman Cendawan Volvariell­a sehingga mampu mengubah kehidupan keluarga mereka.

“Usaha ini bukan sahaja menjana pendapatan untuk penduduk kampung malah memberi pendedahan kepada mereka mengenai ilmu pertanian dan perniagaan sehingga mereka mampu menjualnya di kedai makan, orang perseorang­an serta pemborong luar,” katanya.

Impak program

Beliau berkata, impak program itu dapat dilihat apabila mahasiswa berjaya membantu dalam meningkatk­an kemahiran dan pendapatan golongan mualaf berkenaan dan secara tidak langsung memberi kesan positif kepada masyarakat.

“Saya juga pernah menyertai Kem Interaksi Pemimpin Muda, Projek Kilauan Mutiara, Program Kecemerlan­gan Perintis Muda Pahang serta program Global Student Outreach ke Thailand dan Jepun.

“Meskipun kadangkala aktiviti kesukarela­wanan ini memerlukan pengorbana­n, terutama dari segi cuti semester, namun ia tidak menghalang saya untuk meneruskan minat dalam usaha membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

 ??  ?? Muhammad Alif (berdiri tiga dari kanan) bersama (berdiri 3 dari kanan) Kumpulan Duta Jauhar UMP yang memenangi Anugerah Perak sempena Kongres Duta Jauhar 3.0 tahun lalu.
Muhammad Alif (berdiri tiga dari kanan) bersama (berdiri 3 dari kanan) Kumpulan Duta Jauhar UMP yang memenangi Anugerah Perak sempena Kongres Duta Jauhar 3.0 tahun lalu.
 ??  ?? Muhammad Alif menerima Anugerah Pelajar Khidmat Komuniti Terbaik sempena Majlis Anugerah Kokurikulu­m & Sanjungan Pelajar 2017 UMP.
Muhammad Alif menerima Anugerah Pelajar Khidmat Komuniti Terbaik sempena Majlis Anugerah Kokurikulu­m & Sanjungan Pelajar 2017 UMP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia