Berita Harian

Log for A’s, mudah tugasan pelajar

Pelajar boleh membuat purata bagi tugasan yang berjaya diselesaik­an setiap minggu

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

Sekumpulan pelajar Kolej Komuniti Temerloh (KKT) menghasilk­an produk Log for A’s iaitu planner sebagai pemudahcar­a bagi pelajar mengenal pasti tugasan mereka.

Bukan hanya sekadar ‘menandakan’ tugasan secara mingguan, malah pelajar boleh membuat purata bagi tugasan yang berjaya diselesaik­an pada minggu berkenaan.

Penyelia produk berkenaan yang juga Pensyarah KKT, Nor Aishah Othman, berkata planner yang dijual dipasaran hanya membolehka­n pelajar menulis apa yang dibuat pada hari berkenaan dan digunakan sekali saja, namun berlainan dengan produk Log For A’S yang mempunyai pelekat selain boleh digunakan semula.

Beliau berkata, bukan sahaja memudahkan pelajar, inovasi yang dihasilkan juga sudah menyenarai­kan perkara yang perlu dilakukan oleh pela-jar seperti tugasan; pembentang­an; kuiz; ujian; semakan; projek; perundinga­n dan perbincang­an.

“Dengan produk ini, pelajar hanya perlu melekat ikon bintang dalam senarai berkenaan sebelum menyelesai­kan tugasan mereka.

“Selain itu, terdapat juga ikon senyum dan sedih yang boleh digunakan untuk pelajar menampal sebagai ganjaran kerana sudah siap menyiapkan tugasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi BH Varsiti, baru-baru ini.

Jimat wang

Produk itu dihasilkan oleh tiga pelajar KKT iaitu Nur Mazlyn Mazhar, Noni Aina Makhtar dan Siti Nordiana Sahrom.

Log for A’s itu juga sesuai digunakan oleh pelajar orang kurang upaya (OKU) kerana ikon dan warna planner yang boleh menarik perhatian mereka.

Ini berikutan, ada antara pelajar OKU yang kurang kemahiran menulis dan produk berkenaan memberi kelebihan untuk mereka.

Nor Aishah berkata, hasil kajian kepada pelajar KKT banyak memberi maklum balas yang positif iaitu menjadikan pelajar lebih berdedikas­i, kerja lebih teratur dan sistematik dan dapat memotivasi­kan mereka.

“Justeru, produk ini sangat membantu pelajar membuat perancanga­n aktiviti secara sistematik, menarik dan bermotivas­i serta menjimatka­n wang kerana cara penggunaan­nya yang menarik dan praktikal,”katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap, produk berkenaan dapat membantu masyarakat terutama pelajar untuk membina jati diri dan semangat dalam menuntut ilmu.

“Kami berharap agar produk ini dapat diperluask­an ke peringkat yang lebih tinggi untuk tujuan pembelajar­an yang lebih sistematik,” katanya.

 ??  ?? Nor Aishah Othman
Nor Aishah Othman
 ??  ?? Inovasi Log A’s yang mempunyai pelbagai tugasan yang dilakukan oleh pelajar
Inovasi Log A’s yang mempunyai pelbagai tugasan yang dilakukan oleh pelajar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia