Berita Harian

Program Rampai Penyelidik, hab berkongsi maklumat

-

Bangi: Program Rampai Penyelidik yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini barubaru ini memberi peluang penyelidik berkongsi maklumat dan meluaskan jaringan penyelidik­an mereka.

Program bertemakan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) untuk Komuniti siri ke-6 itu mengumpulk­an penyelidik dari pelbagai institusi untuk meneroka peluang dan kerjasama dalam bidang penyelidik­an.

Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, berkata UKM sentiasa menggalakk­an setiap penyelidik melakukan penyelilid­ikan rentas disiplin dan fakulti termasuk institut, yang juga selari dengan inisiatif Kementeria­n Pendidikan.

Beliau berkata, program ini memberi peluang kepada semua warga penyelidik berkumpul, berinterak­si dan berkongsi maklumat penyelidik­an mengikut tema tertentu.

“Program Rampai Penyelidik ini juga amat relevan dalam memenuhi tuntutan Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0) dengan perlu memberi penekanan khusus kepada RI 4.0 agar mereka dapat bersaing di peringkat global.

Rentas disiplin

“Ini juga bagi memastikan mereka dapat menghadapi cabaran baharu hasil daripada RI 4.0 termasuk kemunculan ekonomi digital,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan majlis Rampai Penyelidik ke-6 bertemakan STEM untuk Komuniti, di sini.

Program sehari anjuran Fakulti Pendidikan (FPEND), UKM itu diadakan di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh (DTAMS) UKM.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidik­an dan Inovasi), Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman dan Dekan FPEND, Prof Datuk Dr Norazah Mohd Nordin.

STEM untuk Komuniti bermaksud menjana ilmu pengetahua­n, mencipta kekayaan dan menjamin kesejahter­aan masyarakat ke arah mencapai ekonomi berpendapa­tan tinggi yang kompetitif, mampan dan terangkum.

Noor Azlan berkata, perkongsia­n rentas disiplin ini akan membolehka­n warga penyelidik untuk meningkatk­an kolaborasi penyelidik­an cabaran perdana.

“Contohnya, fakulti tertentu menghasilk­an satu produk kecantikan yang memberi impak baik terhadap fizikal seseorang, namun penyelidik mesti tahu sama ada ia bertentang­an dengan agama atau tidak.

“Dengan cara ini, penyelidik boleh berkongsi pen- dapat bersama penyelidik yang pakar dalam bidang agama pula. Perkara ini amat baik kerana dapat memastikan sesuatu produk yang dihasilkan boleh mendapat tempat dalam pasaran dan memenuhi kehendak industri,” katanya

 ??  ?? Prof Noor Azlan (dua kanan), melihat buku yang di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM Bangi.
Prof Noor Azlan (dua kanan), melihat buku yang di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia