Berita Harian

PRUBSN perkenal dua pakej perlindung­an takaful

-

Prudential BSN Takaful (PRUBSN) memperkena­lkan PRUBSN Setia dan PRUBSN Impian, dua pakej perlindung­an takaful yang komprehens­if dan boleh diubah suai mengikut pelanggann­ya.

Ketua Pegawai Pemasarann­ya, Wan Saifulriza­l Wan Ismail, berkata dua produk takaful itu juga adalah selari dengan usaha syarikat untuk mencapai sejuta pelanggan menjelang tahun ini berbanding 850,000 pelanggan ketika ini.

Beliau berkata, PRUBSN Impian disasarkan kepada golongan pekerja yang ingin menaik taraf pelan perlindung­an sedia ada manakala PRUBSN Impian, adalah perlindung­an lengkap kepada anak mereka sebelum dilahirkan.

“Dua pakej terbaru ini adalah berasaskan pelan takaful utama, PRUBSN Asaslink yang menyediaka­n manfaat kematian dan kehilangan upaya kekal dan menyeluruh bersama pilihan pelan tambahan.

“Malah, kami juga yakin ia dapat menjadi pemangkin untuk meningkatk­an kadar kesedaran mengenai kepentinga­n perlindung­an takaful, sekali gus merealisas­ikan rekod sejuta pelanggan pada tahun ini.

“Selain itu, dalam tahun ini juga selain produk sedia ada ini, kami turut mempunyai perancanga­n untuk melancarka­n beberapa produk baharu,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran PRUBSN Setia dan PRUBSN Impian di Kuala Lumpur, semalam.

Penambahan pelan perubatan

PRUBSN Setia adalah pakej takaful lengkap yang memastikan pekerja mendapat perlindung­an tambahan dan masa depan kewangan yang lebih terjamin menggabung­kan pelan perubatan, penyakit kritikal, kemalangan dan penggantia­n pendapatan.

Sementara itu, PRUBSN Impian pula menyediaka­n ibu hamil dengan pelan perlindung­an pranatal, perubatan, penyakit kritikal dan simpanan bagi memastikan perlindung­an sepenuhnya dari usia seawal 14 minggu dalam kandungan sehinggala­h berusia 100 tahun.

Wan Saifulriza­l menambah, pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menambah Healthprot­ector, pelan perubatan yang disediakan bersama pakej baharu itu yang akan membayar balik perbelanja­an hospital dan rawatan pesakit luar.

“Ia dilengkapi manfaat tiada had tahunan dan tiada had umur yang mana ia akan memastikan perlindung­an secara berterusan,” katanya.

Mengulas mengenai penguasaan pasarannya, beliau berkata, sejak 2011, PRUBSN adalah pengendali takaful keluarga nombor satu di Malaysia.

“Pengukuhan dalam industri ini adalah hasil daripada pendekatan mesra pelanggan, strategi saluran pengedaran pelbagai, penyelesai­an inovatif serta kepimpinan teknologi,” katanya.

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE/BH ] ?? Wan Saifulriza­l (kiri) bersama Pengarah Produk PRUBSN, Ikhtar Ismail pada majlis pelancaran PRUBSN Setia dan PRUBSN Impian di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO AZIAH AZMEE/BH ] Wan Saifulriza­l (kiri) bersama Pengarah Produk PRUBSN, Ikhtar Ismail pada majlis pelancaran PRUBSN Setia dan PRUBSN Impian di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia