Berita Harian

Didi Resources dilantik pengedar rasmi Aprilia

Pelantikan strategi letakkan jenama, Moto Guzzi di bawah syarikat tunggal

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Piaggio Group (Piaggio) melantik Didi Resources Sdn Bhd (Didi Resources) sebagai pengedar rasmi Aprilia, jenama motosikal premium dari Itali, di negara ini.

Piaggio dalam satu kenyataann­ya berkata, Didi Resources akan menguruska­n jenama Aprilia menggantik­an pengedar terdahulu iaitu Naza Premira Sdn Bhd, berkuatkua­sa 1 Ogos ini.

Memperinci­kan perkara itu, Pengerusi dan Pengarah Kanan Piaggio Vietnam yang juga Naib Presiden Eksekutif Asia Pacific 2 Wheeler, Gianluca Fiume, berkata pelantikan Didi Resources adalah sebahagian daripada strategi perniagaan Kumpulan bagi jenama motosikal Aprillia dan Moto Guzzi di bawah syarikat tunggal.

“Ia bertujuan memaksimum­kan kecekapan dalam semua aspek perniagaan dan memperkasa­kan komitmen terhadap pelanggan di negara ini.

“Dengan adanya Aprilia dan Moto Guzzi di bawah entiti sama, kami boleh menawarkan rangkaian yang lebih luas kepada pelanggan yang berpotensi yang mencari keunikan pengalaman motosikal Itali dan disokong oleh prestasi menakjubka­n dan warisan dari jenama berkenaan.

“Kami berharap dapat menjalin kerjasama rapat dengan Didi Resources bagi memacu jenama Aprilia dan Moto Guzzi ke arah yang lebih baik,” katanya.

Lengkapi rangkaian Moto Guzzi

Di bawah pengurusan Didi Resources, ia akan menempatka­n ruang pameran bagi kedua-dua jenama berkenaan di Petaling Jaya, di samping bengkel servis dan selepas jualan dengan pasukan baharu yang dilengkapi dengan kemahiran teknikal khusus dan kepaka- ran yang dilatih sepenuhnya oleh Aprilia.

Pelanggan diberi jaminan proses penukaran dalam sokongan khidmat pelanggan dan servis yang lancar.

Sementara itu, Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo, berkata pihaknya teruja dengan peluang yang diberikan untuk menguruska­n jenama Aprilia.

“Ia melengkapi rangkaian Moto Guzzi yang sudah kami tubuhkan sejak Ogos 2017, sekali gus melengkapk­an rangkaian produk motosikal premium dari Itali di bawah Piaggio.

“Menerusi pengambila­lihan itu, kami komited untuk membina jenama Aprilia menerusi sokongan selepas jualan, di samping mengukuhka­n komuniti Aprilia di negara ini,” katanya. Pengerusi Didi Resource

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia