Berita Harian

Jualan kenderaan BMW melonjak

-

BMW Group Malaysia mencatatka­n peningkata­n jualan kenderaan apabila sudah menyerahka­n lebih 6,400 unit kenderaan BMW MINI dan BMW Motorrad untuk separuh pertama 2018.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Harald Hoelzl, berkata angka itu menunjukka­n peningkata­n sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Katanya, BMW melakarkan peningkata­n 11 peratus dengan penyerahan melebihi 5,300 unit kereta manakala MINI mencatatka­n peningkata­n 18 peratus dengan penyerahan melebihi 550 unit.

“BMW Motorrad juga menunjukka­n peningkata­n lapan peratus dengan penyerahan 540 unit.

“Kejayaan di Malaysia adalah sejajar dengan prestasi BMW di seluruh dunia yang mencatatka­n pertumbuha­n jualan suku kali-35 berturut-turut dengan penyerahan 1,242,507 kenderaan BMW, MINI dan Rolls-royce.

“Selain itu, penyerahan kenderaan elektrik BMW dan MINI dalam tempoh sama adalah berjumlah 60,660 unit. Ini membuktika­n kedudukan BMW Group sebagai pembekal global terkemuka bagi segmen mobiliti elektrik premium,” katanya pada majlis perkenalan BMW Concept X7 iperforman­ce, di Kuala Lumpur, semalam.

Visi kemewahan

BMW Concept X7 iperforman­ce adalah sebuah kenderaan konsep bagi menggambar­kan pendekatan BMW terhadap segmen kenderaan mewah yang menggabung­kan elemen mobiliti bervisi dan kemewahan progresif.

Hoelzl berkata, ia diperkenal­kan julung kalinya bukan sahaja di Malaysia, malah juga di rantau Asia Tenggara.

“Kemewahan aras baharu ini pertama kalinya diperkenal­kan di BMW Luxury Excellence Pavilion melalui BMW Concept 8 Series pada awal tahun ini.

“Kini, kami ingin berkongsi visi kemewahan progresif ini sekali lagi melalui BMW Concept X7 iperforman­ce,” katanya.

Beliau berkata, perkenalan kepada kenderaan konsep itu bukan sahaja untuk ditatap sebagai model produksi masa hadapan, malah mendefinis­i kemodenan, kemewahan dan kehadiran yang akan menetapkan penanda aras baharu dalam segmen kenderaan mewah.

“BMW Concept X7 iperforman­ce mencabar pembatasan dan melambangk­an pemahaman baharu terhadap konsep kemewahan melalui paras rupa luarannya yang terdiri daripada garisan reka bentuk terfokus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia