Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak turun semalam selepas berita kenaikan inventori minyak mentah AS minggu lalu, sekali gus menafikan harapan penganalis­is untuk kejatuhan yang besar, sementara kebimbanga­n mengenai permintaan yang lemah juga muncul semula.

Minyak mentah Brent turun 60 sen pada AS$71.56 satu tong pada 0750 GMT. Penanda aras itu mencecah paras terendah tiga bulan pada Selasa.

Minyak mentah AS jatuh 50 sen pada AS$67.58, tidak jauh rendah dengan paras terendah sebulan pada Selasa sebanyak AS$67.03 satu tong.

Pasaran minyak jatuh minggu lalu memandangk­an Arab Saudi dan ahli Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum dan Russia meningkatk­an pengeluara­n dan beberapa gangguan bekalan merosot.

Pelabur juga mula bimbang mengenai kesan terhadap pertumbuha­n ekonomi global dan permintaan tenaga berhubung pertikaian perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan rakan perdaganga­nnya, termasuk China.

Pasaran minyak AS dikawal ketat dalam beberapa bulan kebelakang­an ini tetapi data kelmarin dari Institut Petroleum Amerika (API) menunjukka­n peningkata­n yang tidak dijangka lebih daripada 600,000 tong dalam inventori mentah negara.

Penganalis­is mengunjurk­an penurunan 3.6 juta tong dalam saham mentah AS untuk minggu ini hingga 13 Julai.

Angka rasmi dari Pentadbira­n Maklumat Tenaga, Jabatan Tenaga AS adalah pada pukul 10:30 pagi EDT (1430 GMT) semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia