Berita Harian

FBM KLCI meningkat 15.79 mata

Jaminan Pengerusi Fed berita positif bagi pasaran

-

Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi lapan hari berturut-turut semalam dengan peningkata­n dalam keseluruha­n papan kecuali kaunter perlombong­an, susulan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutua­n (Fed), malam semalam yang membawa sentimen positif ke seluruh pasaran, kata seorang peniaga.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup di paras tertinggi hariannya pada 1,753.07, naik 15.79 mata daripada paras penutup 1,737.28 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran itu bergerak antara paras 1,730.38 dan 1,753.07 sepanjang hari dagangan.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata awal semalam, jaminan Pengerusi Fed, Jerome Powell, untuk mengambil pendekatan perlahan-lahan dalam menaikkan kadar faedah adalah berita positif bagi pasaran.

“Ini akan menyediaka­n lebih banyak masa bagi ekonomi untuk menyesuaik­an dengan persekitar­an kadar faedah tinggi yang bermula sejak kenaikan kadar pertama pada Disember 2015.

“Selain itu, data pertumbuha­n Indeks Harga Pengguna yang lebih rendah daripada dijangkaka­n pada 0.8 peratus membayangk­an pendapatan boleh guna pengguna Malaysia semakin bertambah baik susulan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang berkadar sifar bermula 1 Jun,” katanya kepada Bernama.

Risiko ketegangan perdaganga­n

Bagaimanap­un, Mohd Afzanizam berkata, risiko yang timbul daripada ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat (As)-china masih belum diketahui dan perkembang­annya akan dipantau dengan rapat oleh pasaran.

Di dalam negara, suasana pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 594 berbanding 295, 423 kaunter tidak berubah, 599 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.63 bilion unit bernilai RM2.17 bilion, daripada 2.33 bilion unit bernilai RM2.14 bilion yang dicatatkan pada Selasa.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM9.60, Public Bank dan Tenaga meningkat 10 sen setiap satu masing-masing kepada RM23.70 dan RM14.88, manakala Petronas Chemicals menokok lima sen kepada RM8.85 dan CIMB menambah 18 sen kepada RM5.85.

Dalam kalangan kaunter cergas, syarikat yang memulakan dagangan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia, Revenue Group, meningkat 25.5 sen kepada 62.5 sen, Priceworth naik 1.5 sen kepada sembilan sen, Sapura Energy menokok setengah sen kepada 60 sen, manakala APFT turun dengan kauntum sama kepada 2.5 sen dan Key Asic tidak berubah pada 21.5 sen.

Danainfra Nasional menerajui senarai kaunter untung semalam, naik 90 sen kepada RM101.50, manakala PMB Technology adalah kaunter rugi terbesar, jatuh 37 sen kepada RM2.95.

Indeks FBM Emas meningkat 116.26 mata kepada 12,376.22, FBM70 naik 166.83 mata kepada 15,123.64, Indeks FBMT100 menambah 115.85 mata kepada 12,178.73, Indeks FBM Emas Shariah menokok 117.31 mata kepada 12,467.07, Indeks FBM Ace naik 70.91 mata kepada 5,407.57 dan Indeks Permodalan Kecil FTSE Bursa Malay- sia meningkat 105.6 mata kepada 14,254.14.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 116.23 mata kepada 17,250.24, Indeks Perusahaan naik 10.45 mata kepada 3,210.18, dan Indeks Perladanga­n menokok 45.34 mata kepada 7,492.84.

Peningkata­n dagangan waran

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 1.46 bilion saham bernilai RM1.81 bilion daripada 1.47 bilion saham bernilai RM1.9 bilion yang dicatatkan kelmarin.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 538.64 juta unit bernilai RM144.11 juta berbanding 505.99 juta unit bernilai RM152.91 juta pada Selasa.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 625.77 juta saham bernilai RM213.29 juta, daripada 350.17 juta saham bernilai RM85.23 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 49.48 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (316.28 juta), pembinaan (93.76 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (669.49 juta), teknologi (118.68 juta), prasarana (22.73 juta), SPAC (12.88 juta), kewangan (60.37 juta), hotel (9.41 juta), hartanah (91.49 juta), perladanga­n (16.45 juta), perlombong­an (10,500), REIT (5.26 juta) dan dana tertutup (143,900).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia