Berita Harian

Pasaran Asia jejaki rali Wall Street

-

Sebahagian

besar pasaran Asia naik semalam, menjejak rali Wall Street selepas Pengerusi Rizab Persekutua­n menyatakan keyakinan terhadap ekonomi AS di sebalik kebimbanga­n mengenai perang perdaganga­n global.

Jerome Powell menyuaraka­n tinjauan positif, memetik angka pasaran kerja dan inflasi yang kukuh selaras dengan sasaran Fed, sekali gus menokok saham AS lebih tinggi.

“Testimoni Powell adalah berita gembira buat pelabur apabila Dow naik untuk hari keempat berturuttu­rut manakala Nasdaq mencecah paras baharu,” kata Ketua Perdaganga­n Asia-pasifik di OANDA, Stephen Innes.

Bagaimanap­un Powell mengakui tidak pasti mengenai ‘hasil perbincang­an semasa mengenai dasar perdaganga­n’, apabila dasar ‘Amerika Didahuluka­n’ oleh Presiden AS, Donald Trump yang agresif menjejaska­n China dan rakan ekonomi lain.

Kebimbanga­n mengenai perang perdaganga­n China-amerika Syarikat terus merisaukan pelabur, dengan kedua-dua belah pihak membuat aduan pada Pertubuhan Perdaganga­n Sedunia (WTO) selepas baru-baru ini mengenakan tarif dan mengancam lebih banyak barang bernilai berbilion-bilion dolar.

Sekutu tradisiona­l Washington dan Kesatuan Eropah (EU) juga tidak terkecuali daripada tarif AS yang tinggi.

‘Mesej jelas’

Langkah terbabit yang dianggap oleh pegawai sebagai ‘mesej yang jelas’ menentang dasar perlindung­an, EU dan Jepun menandatan­gani perjanjian perdaganga­n bebas yang meluas pada Selasa, menghapusk­an tarif untuk pelbagai produk dari kereta Jepun sehingga kepada keju keluaran Perancis.

Saham pengekspor­t Jepun meningkat pada dagangan semalam dengan Toyota naik 1.35 peratus kepada 7,473 yen, Panasonic memperoleh 0.62 peratus kepada 1,452 yen dan Olympus mengakhiri 0.90 peratus pada 4,450 yen.

Tokyo naik 0.4 mengambil kesempatan terhadap yen yang lebih murah apabila dolar mengukuh berikutan pandangan optimis Powell mengenai ekonomi AS.

Singapura naik 0.3 peratus manakala Sydney naik 0.7 peratus.

Tetapi Shanghai kehilangan 0.4 peratus manakala Hong Kong mengakhiri hari dagangan dengan turun 0.2 peratus.

Seoul jatuh 0.3 peratus apabila Menteri Kewangan Korea Selatan memberi amaran bahawa perang perdaganga­n menyeluruh di antara AS dan China akan mempunyai implikasi yang parah untuk negara yang bergantung kepada eksport.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia