Berita Harian

17 direman kes mayat ditemui dalam dusun durian

-

Johor Bahru: Tujuh belas individu, termasuk enam wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah dusun durian di Bandar Baru Kangkar Pulai, 5 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata kesemua mereka yang berumur 15 hingga 40 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan sekitar bandar raya ini antara 7 dan 16 Julai lalu.

“Menerusi siasatan awal polis, kes dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Bukit Indah di sini, sebelum mayat mangsa dibawa ke kebun durian tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Noor Hashim berkata motif kejadian dipercayai akibat salah faham antara mangsa dan semua suspek susulan kekurangan hasil penjualan dadah.

Mangsa dipukul, dijerut

“Ketua mereka mengarahka­n semua suspek dan mangsa minum minuman yang dicampur dadah menyebabka­n mangsa pengsan sebelum timbul rasa tidak puas dalam kalangan suspek lalu mangsa dipukul dan dijerut sehingga mati.

“Mayat mangsa kemudian dibawa dengan menaiki sebuah kereta Toyota Camry ke kebun terbabit sebelum ditanam separuh badan,” katanya.

Noor Hashim berkata polis merampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit, pelbagai jenis barang kemas, dadah serta Toyota Camry yang dipercayai digunakan membawa mayat mangsa.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphet­amine, dan 12 daripada mereka juga mempunyai pelbagai rekod jenayah, termasuk berkaitan dadah.

Semua suspek kini direman tujuh hari bermula semalam sehingga 23 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Noor Hashim menunjukka­n kereta Toyota Camry dan motosikal yang dirampas selepas sidang media di Ibu Pejab at Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor Bahru, semalam.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Noor Hashim menunjukka­n kereta Toyota Camry dan motosikal yang dirampas selepas sidang media di Ibu Pejab at Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia