Berita Harian

Tabung Endowmen Mygift sasar bina masjid, asrama

UMP jangka RM1.4 juta diterima hasil sumbangan korporat

- Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjangkak­an RM1.4 juta sumbangan korporat yang diterima universiti itu mampu menampung kos pembinaan pelbagai kemudahan diperlukan.

Pengerusi Lembaga Pengarahny­a, Datuk Seri Ibrahim Ahmad, berkata, dana yang diterima di bawah Tabung Endowmen Mygift mampu melaksanak­an pelbagai prasarana yang dirancang seperti projek pembinaan masjid dan bangunan asrama pelajar.

“Dana ini adalah hasil sumbangan zakat dan wakaf daripada badan korporat berjumlah RM546,420, manakala RM854,754 dikumpulka­n atas inisiatif pelbagai jabatan di universiti ini sejak Januari lalu.

“Pada masa sama, pihak kami menerima sumbangan zakat pelajar berjumlah RM70,000 bagi membantu pelajar UMP yang mempunyai masalah kewangan dalam pengajian dan RM50,000 untuk wakaf pembinaan kolej kediaman yang bakal menempatka­n pelajar yatim piatu dan asnaf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Apresiasi Mygift di Dewan Bankuet UMP, Kampus Pekan, di sini, semalam.

Perkasa modal insan

Ibrahim berkata, Tabung Endowmen Mygift yang dilancar sejak 2016 dilihat mampu memperkasa­kan pembanguna­n modal insan serta pembanguna­n infrastruk­tur universiti itu melalui kerjasama dengan rakan strategik pusat pengajian itu.

Beliau berkata, pelaksanaa­n tabung berkenaan membolehka­n rakan strategik UMP menyumbang melalui zakat, wakaf dan sedekah sekali gus menjadi inisiatif dalam melahirkan masyarakat berpendidi­kan yang berkualiti.

“Mygift adalah kaedah penyelesai­an kreatif yang sedikit sebanyak membantu UMP menyalurka­n pelbagai insentif dan bantuan, sama ada dalam bentuk projek pengupayaa­n atau pembanguna­n.

“Saya harap rakan strategik kita yang sedia ada dapat terus mengekalka­n kerjasama ini selain itu kita cuba terokai kerjasama dengan organisasi lain yang berpotensi menjadi rakan strategik baharu,” katanya.

Sebanyak 12 rakan strategik terbabit dalam bersama menyalurka­n sumbangan kepada Tabung Endowmen Mygift, antaranya Tenaga Nasional Berhad, Maybank Islamic Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, UMW Holdings, UMP Holdings dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

 ?? [FOTO IHSAN UMP] ?? Ibrahim (depan, kanan) bersalam dengan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Seri Dr Daing Mohd Nasir Ibrahim dan 12 rakan strategik yang menyalurka­n sumbangan kepada Tabung Endowmen Mygift di UMP Kampus Pekan.
[FOTO IHSAN UMP] Ibrahim (depan, kanan) bersalam dengan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Seri Dr Daing Mohd Nasir Ibrahim dan 12 rakan strategik yang menyalurka­n sumbangan kepada Tabung Endowmen Mygift di UMP Kampus Pekan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia