Berita Harian

80 lukisan karya CEO MPTN dipamer

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 80 lukisan hasil karya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Johan Ishak dipamerkan menerusi pameran solonya berjudul ‘Caricreatu­res’ di Galeri Prima Balai Berita, Bangsar.

Pameran solo kedua Johan itu yang bertemakan ‘Pop Art’ dengan lukisan bermotifka­n haiwan terpilih bermula hari ini hingga 10 Ogos.

Johan berkata, hasil lukisan yang dipamerkan kali ini berbeza dengan karyanya sebelum ini yang lebih kontempora­ri dan curahan rasa atau ekspresi diri yang cukup mendalam.

“Begitupun, karya kali ini lebih ringkas dan mudah difahami kerana memaparkan lukisan digital 80 jenis haiwan yang berbeza karakter setiap satu. Ia juga mewakili zodiak China dan mengimbau nama panggilan kawan ketika zaman kanak-kanak.

Lukis di telefon bimbit

“Sebelum ini lukisan saya lebih kepada minyak dan cat akrilik. Tetapi kali ini saya hanya menggunaka­n pen stylus di telefon bimbit Samsung Note dan dipindahka­n ke komputer sebelum dicetak ke kanvas,” katanya yang ditemui selepas pelancaran pameran Caricreatu­res, di Balai Berita, semalam.

Menurut Johan, beliau menghasilk­an lukisan itu pada 2016 dan 2017 sempena kelahiran anak ketiganya.

“Lukisan ini dihasilkan selepas isteri selalu merungut saya terlalu sibuk dan mengambil masa yang lama menyiapkan sesuatu lukisan menggunaka­n minyak dan cat akrilik.

“Sebab itu, kali ini saya memilih lukisan digital yang lebih mudah dan cepat. Lagipun ia sesuai dengan karakter kanak-kanak yang sukakan kepelbagai­an warna dan lukisan lebih ceria,” katanya.

Sebahagian hasil jualan lukisan itu akan disalurkan kepada Tabung Bersamamu TV3 sebagai tanggungja­wab sosial korporat bagi membantu golongan memerlukan seperti menyediaka­n platform kepada anak muda dan pelukis berpengala­man bagi mempamerka­n hasil tangan mereka.

Maklumat lanjut layari buanaseni.blogspot.com.my.

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] ?? Johan pada pameran solonya berjudul ‘Caricreatu­res’ di Galeri Prima, Balai Berita, semalam.
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] Johan pada pameran solonya berjudul ‘Caricreatu­res’ di Galeri Prima, Balai Berita, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia