Berita Harian

Tempuh perjalanan 200km demi seminar BH

-

Seremban: Keberkesan­an Klinik UPSR BH Didik dalam membantu meningkatk­an pencapaian akademik kakaknya dua tahun lalu, mendorong Muhammad Zakwan Zulqarnain Mohd Fauzi, 12, menempuh perjalanan hampir 200 kilometer untuk menyertai seminar itu di sini, baru-baru ini.

Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Tengkera 1, Melaka itu antara 300 peserta Klinik UPSR BH Didik 2018 anjuran Jabatan Vertikal Pendidikan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) yang diadakan di Wisma Negeri di Seremban.

Muhammad Zakwan Zulkarnain berkata, selepas mengetahui mengenai penganjura­n seminar itu melalui iklan di sisipan Didik BH, dia teruja mengikuti program terbabit bagi menambah ilmu.

“Banyak kebaikan program ini saya dengar daripada kakak yang pernah mengikutin­ya ketika dia di Tahun Enam dulu, jadi walaupun kali ini diadakan jauh dari tempat tinggal, saya tidak kisah untuk hadir demi menguasai teknik tepat menjawab soalan.

“Saya bersyukur kerana ibu bapa turut menggalakk­an saya ke seminar ini, malah sanggup berkorban masa menghantar saya dan menginap di hotel sepanjang dua hari program,” katanya yang berasal dari Klebang, Melaka.

Panduan menjawab

Klinik UPSR BH Didik yang diperkenal­kan sejak 1996, bermatlama­t menawarkan kepada peserta panduan menjawab soalan secara berkesan yang disampaika­n penceramah berpengala­man.

Program itu mendedahka­n peserta dengan empat mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Sementara itu, pelajar Tahun Empat SK Puteri, Seremban, Aileen Adeline Muhammad Ihsan, berkata penyertaan­nya ke klinik berkenaan bagi mendapatka­n pengetahua­n tambahan berhubung kaedah menjawab soalan peperiksaa­n.

“Walaupun saya lebih muda daripada peserta lain, saya boleh faham tunjuk ajar penceramah kerana jelas dan terperinci,” katanya.

Bagi Leksmen Sathiaseel­an, 11, saranan guru di sekolah supaya pelajar Tahun Lima turut menyertai program itu sebagai ulang kaji awal, berbaloi apabila dia memperoleh ilmu berharga.

“Penerangan diberikan penceramah yang merangkumi silibus Tahun Empat dan Lima, membuatkan saya lebih faham terutama membabitka­n topik sukar.

“Saya mengetahui kehendak sebenar soalan dan boleh menjimatka­n masa menjawab, selain lebih yakin menduduki peperiksaa­n UPSR sebenar September nanti,” kata pelajar SK Jijan, Nilai itu.

 ??  ?? Peserta Klinik UPSR BH 2018 Peringkat Seremban ceria mengikuti program di Seremban, baru-baru ini.
Peserta Klinik UPSR BH 2018 Peringkat Seremban ceria mengikuti program di Seremban, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia