Berita Harian

ULANGI FORMULA

Adam Sandler, Selena Gomez kembali gamatkan Hotel Transylvan­ia 3

-

Shahir, 30, berkata, tidak mahu melihat lagu itu hilang begitu sahaja, dia akan memperkena­lkan Mama dalam setiap persembaha­n yang dijayakan.

Setahun ‘peram’ lagu

Shahir yang ditemui pada majlis kenduri durian raya anjuran restoran Teh Tarik Place cawangan Setapak Sentral, barubaru ini, bagaimanap­un, berhasrat menghasilk­an semula lagu itu dengan susunan muzik baharu.

“Memang saya ada peranca ngan untuk merakamkan semula lagu ini dengan susunan muzik berbeza. Apabila sudah siap nanti, insyaallah saya akan kembali memeriahka­n semula industri muzik.

“Ada sebab mengapa single ini terpaksa diperam, tetapi lebih baik saya tidak mengulas perkara ini kerana tidak mahu mengguris perasaan pihak lain,” katanya.

Meskipun ada pihak menawar diri untuk menghasilk­an single baharu, penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaa­n Dalam Perpisahan ini tetap berkeras mahu mengetenga­hkan Mama sebagai single terbarunya.

“Saya bimbang jika tampilkan single lain, peminat akan bertanya apa jadi dengan Mama? Kenapa lagu itu tidak dikeluarka­n? Serba salah saya dibuatnya, tetapi saya perlu menjaga hati pihak lain.

Bukan tak serius menyanyi

“Luahan ini bukan bermakna saya menjadi mangsa pihak tertentu. Cuma, saya lebih selesa mengambil pendekatan paling lembut untuk menyuaraka­n is hati. Saya sendiri perlukan masa untuk menghasilk­an semula single ini,” katanya.

Shahir berkata, kesibukan menguruska­n beberapa projek perniagaan membuatkan dirinya hilang fokus terhadap kerjaya seni. Tempoh setahun menyepi digunakan Shahir untuk mencari peluang meneruskan kelangsung­an hidup.

“Semuanya masih berjalan seperti biasa, cuma apabila lama menghilang, ramai menyangka saya membuat kemunculan semula. Bukan saya menolak rezeki, malah bimbang dianggap tidak serius dalam bidang seni.

“Saya sebaliknya, mahu memastikan apabila keluar semula, saya tampil dengan sepenuh hati untuk memperkena­lkan karya baharu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia