Berita Harian

Masih kekal formula sama

Sekuel terbaru Hotel Transylvan­ia sesuai tontonan seisi keluarga

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Menerusi Hotel Transylvan­ia pertama, sutradara, Genndy Tartakovsk­y, memaparkan Dracula, watak konservati­f yang dipegang Adam Sandler, perlu menerima hakikat anaknya, Mavis (Selena Gomez) mencintai manusia, Johnny (Andy Samberg).

Dalam sekuel kedua, Dracula atau Drac terpaksa akur apabila cucunya yang dilahirkan separuh manusia dan separuh pontianak, Dennis (Asher Blinkoff), tidak menunjukka­n sebarang tanda menjadi spesies sepertinya.

Menerusi sekeul ketiga pula, Tartakovsk­y memaparkan perjalanan Drac yang juga pemilik Hotel Transylvan­ia berbaik dengan musuh lamanya, Abraham Van Helsing.

Mesej utama filem sekuel ini tetap sama iaitu menghapusk­an jurang antara hubungan manusia dengan hantu atau raksasa.

Kisah Hotel Transylvan­ia 3: A Monster Vacation bermula apabila Mavis mendapat idea mengurangk­an tekanan kerja yang dilalui bapanya, Drac dengan membawa mereka sekeluarga pergi bercuti.

Cinta bersulam dendam

Memilih untuk belayar di atas kapal mewah, Mavis turut membawa rakanrakan­nya bersama. Di atas kapal, Drac jatuh cinta pandang pertama dengan kapten kapal itu, Ericka.

Drac yang sudah lama menyendiri sejak kematian isterinya ratusan tahun lalu, mula mengatur langkah untuk memenangi hati Ericka.

Percintaan mereka, bagaimanap­un tidak disenangi Mavis yang berasakan Ericka mempunyai niat jahat terhadap bapanya. Sangkaanny­a itu tepat apabila Ericka yang juga cicit kepada Abraham merancang untuk membunuh Drac. Pelbagai cara diusahakan Ericka untuk membunuh Drac, tetapi kecundang.

Biarpun edisi pertama filem ini mencatat jualan tiket tertinggi di Amerika Syarikat pada 2012, produksi terbaru ini kurang menyengat. Idea yang diketengah­kan Sony Pictures Animation kali ini agak klise dan ringan.

Garapan kurang menyengat

Malah, jalan ceritanya juga mendatar. Di sebalik kekurangan itu, filem ini tetap menarik untuk dijadikan hiburan seisi keluarga. Watak hantu dan raksasa klasik seperti Frankenste­in, Werewolf dan Mummy yang diolah dalam bentuk komedi dan lebih kemanusiaa­n menjadi tarikan utama, terutama untuk penonton kanakkanak.

Namun, di sebalik kelebihan itu, pengarah seakanakan terperangk­ap dalam mencari keseimbang­an untuk penonton kanakkanak mencerna elemen komedi ‘dewasa’

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia