Berita Harian

Dr Nik Hazlina angkat bahasa Melayu dalam sains perubatan

Doktor pakar, pensyarah sahut cabaran terjemah istilah sukar dengan tafsiran tepat

- Oleh Mahani Ishak

Kebanyakan jurnal perubatan ditulis dalam bahasa Inggeris dan digunakan sejak sekian lama dalam bidang itu, termasuk ketika pembelajar­an di institusi pengajian tinggi (IPT) mendorong seorang doktor menterjema­hkan ke bahasa Melayu.

Justeru, pensyarah dan doktor pakar perbidanan dan sakit puan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Nik Hazlina Nik Hussain memecahkan tembok paradigma penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains perubatan.

Usaha pakar perubatan wanita ini bukan saja membanggak­an tetapi berjaya menghasilk­an pelbagai buku perubatan dalam bahasa Melayu dengan tafsiran tepat, mudah difahami pembaca sekali gus bukan sekadar menukar ejaan istilah perubatan.

Ini sekali gus melayakkan beliau menerima pengiktira­fan Tokoh Akademik bahasa Melayu yang diberikan sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan, Kementeria­n Pendidikan Tinggi 2017, pada 26 Oktober tahun lalu.

Pada 30 April lalu, beliau sekali lagi mengharumk­an nama universiti apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Buku Negara Kategori Pengajian Tinggi, iaitu Buku Perubatan Terbaik dengan judul bukunya, Ginekologi: Ilmu Kesihatan Wanita oleh Yayasan Pembanguna­n Buku Negara (YPBN).

Mudah difahami

Ibu kepada lima cahaya mata ini, berkata penggunaan bahasa Melayu dalam sains perubatan itu dicetuskan keperluan pesakit untuk memperoleh buku yang mudah difahami, sekali gus memberikan kesungguha­n kepadanya menulis lebih banyak buku bacaan umum dalam bahasa ibunda.

“Saya bermula dengan menulis catatan ringkas pada kertas mengenai masalah dan rawatan pesakit setiap kali sesi temu janji di hospital. Kertas yang sama itu dibawa pesakit berkenaan setiap kali perjumpaan hingga lembaran itu hampir lunyai.

“Bagi pesakit pula, mereka berdepan masalah untuk memahami penyakit yang dihidapi, berikutan tiada buku yang boleh dibaca masyarakat umum, termasuk pesakit yang menerima rawatan daripada saya,” katanya kepada BH, barubaru ini.

Lalui proses sukar

Beliau turut mengakui mencari padanan bahasa Melayu bagi istilah sains perubatan namun perkara itu tidak menjadi kekangan, kerana impiannya mahu masyarakat memperoleh bacaan yang mudah difahami.

“Sebenarnya bukan mudah untuk memadankan istilah yang kebanyakan dalam bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu hingga membuatkan peringkat awal menulis sukar dilakukan.

“Tetapi semua ini saya anggap sebagai cabaran meskipun perlu membuatkan terjemahan semula dalam bahasa kebangsaan. Tambahan pula sebagai doktor pakar dan pensyarah, memerlukan saya menggunaka­n bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.

“Namun, semakin kerap menulis dalam bahasa Melayu, terjemahan ini tidak lagi sukar. Lebih istimewa, pengalaman dan pencapaian yang diraih selama ini membuktika­n bahawa bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengajaran dan pembelajar­an dalam bidang sains dan teknologi,” katanya.

Beliau menyifatka­n penggunaan bahasa Melayu tidak merendahka­n nilai dan kedudukan bidang perubatan.

Katanya, dengan pengiktira­fan itu membuktika­n bahasa Melayu boleh diketengah­kan dan didaulatka­n sebagai bahasa ilmu untuk bidang sains perubatan, dengan syarat ahli akademik harus memilih bahasa Melayu sebagai wahana penulisan dalam penyelidik­an, penerbitan, pengajaran dan khidmat ikhtisas kepada masyarakat pelbagai bangsa dan peringkat umur.

Imbangi masa menulis dan kerjaya

Sebagai pensyarah universiti dan doktor perubatan, Dr Nik Hazlina mengakui beliau berhadapan dengan kekangan masa untuk melangsaik­an kerja penulisan buku.

“Semua orang ada masalah tersendiri. Justeru, perlu membahagik­an masa bagi memastikan semua yang ingin dilakukan tercapai. Ini membuatkan saya menyusun jadual dengan lebih bersistema­tik.

“Pengalaman manis sebagai penulis buku mencetuska­n inovasi apabila saya berpeluang menulis novel bertemakan perubatan dan kesihatan antaranya Memori Cinta

Medik dan Mengejar Zuriat, manakala dua lagi dalam proses penerbitan.

“Buku Kesihatan Wanita pada

Usia Emas, diterbitka­n Februari lalu dan terpilih sebagai buku akademik pertama di Malaysia untuk teknologi (AR),” katanya.

 ??  ?? Dr Nik Hazlina (tiga dari kanan) dinobatkan Tokoh Akademik Bahasa Melayu sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan, Kementeria­n Pendidikan Tinggi 2017.
Dr Nik Hazlina (tiga dari kanan) dinobatkan Tokoh Akademik Bahasa Melayu sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan, Kementeria­n Pendidikan Tinggi 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia