Berita Harian

Pelihara kesucian Islam berasaskan maqasid syariah

-

Perkataan hifz al-din ialah istilah ulama fiqh untuk menjelaska­n maksud memelihara agama dalam konteks maqasid syariah (tujuan pensyariat­an). Perkataan al-din dalam al-quran bermakna pembalasan seperti dalam surah as-saffat ayat ke-53; perhitunga­n dan perkiraan (alFatihah: 4); ketaatan (al-nisa’: 146) dan agama Islam seperti penegasan Allah SWT: “Sesungguhn­ya agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Ali Imran: 19)

Berdasarka­n ayat al-quran dapat difahami penggunaan al-din dari segi istilah bermakna peraturan Ilahi yang membawa orang berakal secara sukarela kepada kebaikan hidup dunia dan akhirat. Al-din merujuk kepada Islam yang terkandung akidah, syariat dan akhlak, bertepatan firman Allah SWT: “Pada hari ini Aku sempurnaka­n untuk kamu agamamu, dan Aku cukupkan kepadamu nikmat-ku dan Aku reda Islam itu jadi agama bagimu.” (Al-maidah: 3) Dharuriyya­t al-khamsah Perkataan hifz bermakna memelihara, iaitu membela, menjaga, merawat, menternak binatang, mempunyai atau menyimpan, membiarkan tumbuh dan menyelamat­kan serta melepaskan. Allah SWT berfirman: “Maka wanita solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika ketiadaan suaminya, oleh itu Allah memelihara (mereka).” (Al-nisa’: 34)

Oleh itu, hifz al-din bermakna memelihara kesucian agama Islam dengan memastikan didaulat, diamal dan dilindungi daripada sebarang bentuk pencemaran serta melaksanak­an usaha pencegahan secara berterusan bagi mengelakka­n pengikutny­a daripada meninggalk­an Islam.

Justeru, dengan menjaga agama bermakna umat Islam akan menjaga dharuriyya­t al-khamsah atau al-usul–al-khamsah (lima dasar), iaitu memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Asas penjagaan jiwa, akal, keturunan dan harta adalah berteraska­n agama. Tanpa agama bagaimana peraturan lain boleh dikuatkuas­akan?

Justeru, Imam al-shatibi membahagik­an urusan pemelihara­an kesucian agama Islam kepada dua aspek, iaitu memastikan ajaran Islam dilaksanak­an sama ada berkaitan fardu Ain atau Kifayah dan Islam mestilah dilindungi daripada pupus dengan memastikan penganutny­a menjauhi dosa kecil dan besar serta perkara bidaah.

Hukuman hudud mesti dilaksanak­an bagi mereka yang murtad supaya tidak terus merebak sehingga merosakkan struktur sosial orang Islam.

Pelaksanaa­n maqasid syariah

Ziad Mohamad Ahmidan pula menjelaska­n pelaksanaa­n maqasid syariah dari sudut memelihara agama terbahagi kepada dua komponen utama, iaitu memastikan kewujudan dan kelangsung­an Islam melalui amalan beragama penganut Islam dilakukan secara selesa dan bebas, selain memastikan kedaulatan dan kedudukan Islam dalam negara sentiasa dijadikan agenda utama serta merancakka­n dakwah.

Komponen kedua ialah berusaha mengelakka­n Islam daripada tercemar kesucianny­a dan pupus. Tindakan berikut perlu diambil perhatian, iaitu berjihad memelihara kesucian agama Allah, mencegah jenayah murtad, menghapusk­an bidaah, menjauhkan daripada dosa dan maksiat daripada menjadi ketagihan masyarakat, mengambil tindakan dan pendekatan tegas lagi munasabah apabila ajaran Islam dipermainm­ainkan.

Kewajipan menjaga agama dirujuk kepada menjaga agama Islam. Satu-satunya agama diiktiraf Allah SWT dan disebut dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Tanggungja­wab itu wajib dilaksanak­an setiap Muslim di negara ini, di samping sepatutnya menjadi tugas utama kerajaan ketika semua pihak menuntut hak kebebasan masing-masing.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia