Berita Harian

Mahir bahasa Arab selami tamadun silam

-

Berbicara persoalan bahasa Arab memerlukan bacaan dan pengalaman lebih dari sekadar sangkaan dan pengamatan sepintas lalu pada alaf 21 ini. Ia mungkin lebih layak dibahas orang terjun ke dalam ilmu bahasa ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Bahasa Arab menurut catatan sejarah ialah bahasa sains dan ilmu sejak lahirnya Islam. Ia bahasa al-quran yang menuntut semua Muslim wajib menggunaka­nnya dalam ibadat dan memahami hukum syariat. Ia juga bahasa falsafah dan sains sebagai pengganti bahasa Latin.

Dinasti Abbasiyyah di bawah Khalifah Harun al-rashid mengasaska­n Bayt al-hikmah pada 786, iaitu perpustaka­an yang juga berfungsi sebagai institusi penterjema­han karya ilmiah Yunani ke bahasa Arab. Ia diteruskan dan dikembangk­an khalifah berikutnya.

Berkat usaha ini, pelbagai karya ilmiah penting dari tamadun Yunani menjadi rujukan umat Islam yang melahirkan banyak ahli falsafah seperti al-kindi, al-farabi dan Ibn Sina. Karya semisal Ariestotle diterjemah sama ada dalam bidang mantik, falsafah, perubatan bahkan muzik. Dari sini lahirlah kitab al-qanun fi al-tibb karya perubatan agung Ibn Sina; al-musiqa al-kabir (Great Book of oleh al-farabi dan

(Kitab cara membuat astrolab) dalam ilmu falak oleh al-kindi.

Ketika itu, Eropah dalam zaman kegelapan. Gereja adalah segala-galanya sehingga hal tidak masuk akal wajib diterima orang Eropah yang berada di bawah kekuasaan kerajaan yang tunduk sepenuhnya di bawah naungan autoriti ketua gereja mereka di Vatican dan Constantin­ople.

Islam pula mendahului Kristian dalam sains, teknologi dan falsafah. Akhirnya lahirlah pemikir Eropah yang terdesak untuk keluar dari zaman kegelapan dan terpaksa mengembara ke negara Islam untuk mencari ilmu dan kebijaksan­aan.

Jacobus Golius misalnya melawat Universiti al-qarawiyyin, Maghribi pada 1622 dan bertemu dengan ulama al-qarawiyyin. Beliau pulang ke Leiden membawa sejumlah manuskrip Arab langka yang kini tersimpan rapi di Perpustaka­an Universiti Leiden. Di sini beliau mengajar Rene Descartes mengenai ilmu Matematik yang diambil dari dunia Islam.

Jauh sebelum itu, Maimonides, orang Yahudi Maghribi menyamar masuk Islam demi menuntut ilmu di Universiti al-qarawiyyin hingga keluar membawa kesan falsafah Ibn Rushd dan al-ghazali.

Beliau kemudian mempengaru­hi Thomas Aquinas, pendeta Katolik yang digelar Doctor Angelicus dan banyak membawa masuk falsafah ke dalam Gereja Katolik. Semua ahli falsafah Barat ini mempelajar­i bahasa Arab kerana ia bahasa ilmiah zaman itu.

Bahasa ilmu

Kepentinga­n bahasa Arab terus menjadi perhatian ulama Islam dan ilmuwan orientalis di Barat.

Mahasiswa dari universiti seperti Harvard, Oxford, Cambridge, Sorbonne dan Leiden berbondong-bondong datang ke pusat pengajian bahasa Arab di Maghribi, Jordan, Mesir dan Lubnan demi mempelajar­i serta mengasah bahasa Arab. Usaha menterjema­h kitab Islam ke bahasa Eropah berjalan tanpa henti hingga zaman moden ini.

Pada era ini, bahasa Arab masih relevan dan menjadi bahasa ilmu. Selain wajib dalam kajian Islam, ia juga sangat diperlukan dalam pelbagai bidang, termasuk industri kewangan dan kajian sains.

Industri kewangan Islam memainkan peranan besar dalam pembanguna­n Malaysia yang kini berada di hadapan dalam mempromosi dan mengembang­kan industri kewangan di persada dunia.

Tentunya industri ini tidak mungkin berada di tahap sekarang kalau pakarnya tidak mempelajar­i bahasa Arab dengan baik. Jika bahasa Arab bukan bahasa ilmu lagi, nescaya industri ini tidak akan mengalami perkembang­an pesat pada alaf 21 ini.

Antara kisah patut menjadi iktibar kepada pembaca adalah ketika jatuhnya Andalusia di tangan Kerajaan Katolik Sepanyol yang kagum dengan keindahan dan kehebatan jurutera Islam membina istana Alhambra di Granada. Antara bahagian penting ialah

The Court of The Lions dibina pada abad ke-14. Ia pancuran air yang biasanya digunakan orang Islam untuk berwuduk. Kehebatan jurutera Islam mampu membuat pancuran air tanpa menggunaka­n mesin. Air keluar dari mulut salah satu dari patung singa mengikut waktu solat yang lima. Air juga mengalir masuk ke bilik istirehat musim panas yang mengelilin­gi pancuran air.

Ketika Sepanyol ingin mengetahui rahsia pancuran air, mereka menggali dan membuka pancuran berkenaan, lalu air pun berhenti. Ketika jurutera dan arkitek moden ingin membaikiny­a, ternyata mereka tidak mampu hingga terpaksa membaca cetak biru pancuran air yang berupa manuskrip Arab dengan gaya bahasa syair. Disebabkan lemahnya bahasa Arab dan pengetahua­n gaya kejurutera­an zaman dulu, sehingga kini pancuran air tidak dapat berfungsi dan hanya memakai mesin untuk mengeluark­an air.

Bahasa rasmi umat Islam

Belum lagi keperluan kita membaca karya sarjana semasa dari dunia Arab yang menulis dalam bahasa Arab seperti pakar fizik dari Jordan, Prof Basil Altaie dan ahli falsafah dan logik dari Maghribi, Prof Dr Taha Abdurrahma­n.

Ditambah lagi, bahasa Arab masih bahasa rasmi umat Islam untuk terjun dalam pelbagai perbahasan Islam merentasi bangsa, negara dan benua.

Apa akan terjadi kalau Kerajaan Malaysia menerima cadangan membuang bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan tidak lagi diajarkan di sekolah, nescaya umat Islam di Malaysia akan menjadi bodoh dalam bahasa yang sebenarnya dapat menaikkan nama bangsa ini sendiri di persada dunia.

Jika orientalis yang bukan Islam sahaja fasih berbahasa Arab, mengapakah kita yang sudah Islam tidak bangga kalau pandai berbahasa al-quran?

 ??  ?? Music)
Shina’ah al-astrolab Kitab Fi
Music) Shina’ah al-astrolab Kitab Fi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia