Berita Harian

Mangsa anggap satu keajaiban

Sidang akhbar dibanjiri media, orang ramai mahu dengar pengalaman remaja ISU 12 REMAJA, JURULATIH TERPERANGK­AP DALAM GUA DISELAMATK­AN

-

Dua belas anggota pasukan bola sepak remaja Thailand dan jurulatih mereka melambai, tersenyum dan menunjukka­n tanda hormat tradisi ‘wai’ pada penampilan pertama mereka di khalayak ramai, semalam.

Doktor, saudara dan rakan mereka, sebahagian­nya memakai jubah kuning tradisi menyambut remaja berusia 11 hingga 16 tahun itu dan jurulatih mereka, 25, yang memakai bajut dengan grafik merah babi hutan dan membawa bola di kaki dan menendang perlahanla­han ke arah set.

“Bawa Pulang ‘Wild Boar’, menurut salah satu sepanduk dalam bahasa Thailand yang menyambut remaja itu di set, yang direka menyerupai padang bola, dilengkapi tiang gol dan jaring.

Media dan orang ramai berada di belakang penghadang ketika mereka tiba dengan van dari hospital yang ditempatka­n sejak usaha menyelamat antarabang­sa dilakukan minggu lalu untuk mengeluark­an pasukan itu dari gua.

“Saya beritahu semua orang supaya terus berjuang, jangan putus asa,” kata seorang daripada remaja itu, mengingati kembali bagaimana mereka bergelut ketika saat genting berada di dalam gua berkenaan.

Saat ditemui penyelamat

Adul Samon, 14, menceritak­an saat dua penyelam Britain menemui mereka pada 2 Julai lalu, ketika mencangkun­g di satu tempat tinggi, beberapa kilometer di dalam gua.

“Ia satu keajaiban. Saya perlu banyak berfikir sebelum menjawab soalan mereka.

“Ketika itu waktu petang kami sedang mencakar batu dan mendengar suara,” katanya.

Penemuan itu mencetuska­n usaha menyelamat yang akhirnya berjaya membawa mereka semua keluar dalam masa tiga hari, yang diatur unit SEAL tentera laut Thailand dan pasukan pakar menyelam gua global.

Kumpulan itu merancang meneroka kompleks gua selama sejam selepas latihan sukan pada 23 Jun lalu.

Namun musim hujan membanjiri terowong dan memerangka­p mereka.

“Kami bergilirgi­lir menggali dinding gua. Kami tidak mahu menunggu sehingga pihak berkuasa menemui kami,” kata jurulatih Ekkapol Chantawong, yang dipuji kerana memastikan anak buahnya selamat.

Usaha menyelamat mengundang perhatian media global dan ratusan wartawan berkumpul sekali lagi di Chiang Rai menjelang siaran secara langsung 45 minit di beberapa saluran.

“Kita tidak tahu apa yang berada dalam hati mereka,” kata pegawai Kementeria­n Kehakiman, Tawatchai Thaikaew, yang meminta peribadi remaja itu dihormati selepas dibenarkan keluar hospital, kerana bimbang perhatian media menjejaska­n kesihatan mental mereka.

 ??  ??
 ??  ?? Dua belas remaja dan jurulatih mereka disambut meriah ketika menghadiri sidang akhbar di Chiang Rai, semalam. Remaja gua dan jurulatih pasukan berwajah sedih ketika memberi penghormat­an kepada potret Saman Kunan, pegawai SEAL yang terkorban ketika misi...
Dua belas remaja dan jurulatih mereka disambut meriah ketika menghadiri sidang akhbar di Chiang Rai, semalam. Remaja gua dan jurulatih pasukan berwajah sedih ketika memberi penghormat­an kepada potret Saman Kunan, pegawai SEAL yang terkorban ketika misi...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia