Berita Harian

Filem termahal China gagal tarik penonton

-

Beijing: Dengan bajet AS$113 juta (RM460.52 juta), filem paling mahal pernah dihasilkan China setakat ini mencipta sejarah kerugian terburuk, ditarik balik tayanganny­a pada hujung minggu pembukaan dengan kutipan hanya AS$7.3 juta (RM29.62 juta).

Filem fantasi kesan khas terbitan Alibaba Pictures, Asura pada asalnya dihasilkan untuk siri pertama satu trilogi epik diilhamkan mitos Buddha Tibet, sebahagian usaha pihak berkuasa memperomos­i hasil kerja memaparkan elemen budaya tradisi China.

Media tempatan berkata, filem yang mula ditayangka­n Jumaat lalu, hanya mengutip sedikit lebih AS$7.3 juta ketika tayangan hujung minggu.

Bagaimanap­un, menjelang Ahad, akaun rasmi media sosial filem itu mengeluark­an kenyataan, mengisytih­arkan tayanganny­a ditarik balik menjelang 10 malam.

“Kami memohon maaf kepada mereka yang mahu menonton tetapi tidak berpeluang,” tulis kenyataan itu.

Kebanyakan filem pecah panggung China setakat ini hanya menelan belanja separuh daripada bajet mewah dibelanjak­an untuk menghasilk­an Asura.

Rugi AS$106 juta

Menurut data laman web Box Office Mojo, anggaran kerugian AS$106 juta (RM430 juta) itu menjadikan­nya filem kelima mencatat kegagalan terbesar dalam sejarah di seluruh dunia, di belakang pendahulu Sinbad:

yang rugi AS$125 juta (RM507.18 juta).

Sebelum tayangan, media tempatan memuji filem itu dengan akhbar China Daily menganggap Asura sebagai ‘filem pecah panggung paling ditunggu-tunggu ketika musim panas dipenuhi persaingan China.’

“Ia sebuah filem penuh imaginasi. Kami mahu filem ini meningkatk­an keyakinan terhadap budaya sendiri dan melatih lebih banyak bakat tempatan,” kata pengerusi Ningxia Film Group, Yang Hongtao, antara penyokong filem itu, kepada akhbar sebelum tayang pembukaan, Jumaat lalu.

Filem yang mengambil masa enam tahun untuk disapkan itu sarat dengan kesan visual, memaparkan 2,400 adegan dengan kesan khas dalam tempoh 141 minit tayangan.

Walaupun dibintangi aktor terkenal Hong Kong, Tony Leung Ka-fai dan Carina Lau serta bakat asing seperti pereka kostum francais

pemenang Oscar, Ngila Dickson, filem itu hanya mampu mencatat rating 3.1 di Douban, platform ulasan pengguna paling berpengaru­h China. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia