Berita Harian

Jurulatih Panama berundur

-

Panama City: Hernan Dario Gomez mengumumka­n peletakan jawatan sebagai jurulatih Panama, kelmarin selepas mengemudi negara itu kali pertama ke pusingan akhir Piala Dunia.

“Kini tiba masanya buat saya untuk melangkah dari tempat yang berada di hati saya,” tulis jurulatih Colombia itu, yang dikenali sebagai Bolillo, dalam satu surat disiarkan Persekutua­n Bolasepak Panama.

Media Panama melaporkan Gomez akan mengendali­kan Ecuador, yang berakhir di tangga kelapan pada pusingan kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan dan gagal layak ke Russia.

Gomez melatih Ecuador dari 1999 hingga 2004 dan mengemudi mereka ke Piala Dunia 2002, empat tahun selepas mengendali­kan negara kelahirann­ya Colombia ke pusingan akhir.

Lakar sejarah

Gomez mengambil alih Panama pada 2014 dan membantu mereka menduduki tangga ketiga kelayakan, susulan gol pada minit ke88 pada perlawanan terakhir, yang membolehka­n mereka mengatasi Honduras menerusi perbezaan gol dan Amerika Syarikat dengan satu mata.

Di Russia, Panama bergelut apabila kalah kepada Belgium, England dan Tunisia serta melepaskan 11 gol dan hanya menjaringk­an dua gol.

“Russia 2018 satu permulaan, saya memenuhi janji saya untuk membawa Panama ke Piala Dunia pertama mereka dan ia akan kekal dalam ingatan saya dan semua rakyat Panama, sepanjang hayat,” tulis jurulatih berusia 62 tahun itu.

“Panama berada di laluan baik untuk terus melakar sejarah bola sepak.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia