Berita Harian

‘Selamat datang Deschamps’

Beckenbaue­r alu-alukan ke Kelab pemenang Piala Dunia sebagai pemain, jurulatih

-

Franz Beckenbaue­r, yang memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih, mengalu-alukan kemasukan Didier Deschamps "ke kelab kami!", kelmarin.

Beckenbaue­r menjulang Piala Dunia sebagai pemain bersama Jerman Barat pada 1974 dan selaku pengurus Jerman pada 1990.

Beliau mengikut jejak langkah Mario Zagallo dari Brazil, yang menang sebagai pemain pada 1958 dan 1962, sebagai ketua jurulatih pada 1970 dan sebagai penolong jurulatih pada 1994.

Deschamps menjulang trofi keagungan itu sebagai pemain pada 1998 dan Ahad lalu, melakar sejarah sebagai pengurus pula apabila Perancis menundukka­n Croatia 4-2 pada final di Moscow.

“Kini kami ada tiga orang,” kata Beckenbaue­r memberitah­u akhbar Jerman, Bild. “Mungkin kami patut mengadakan pertemuan, minum bersama.”

Maradona tak berjaya

Seperti Beckenbaue­r, Deschamps mengetuai pasukannya meraih kejuaraan Piala Dunia. Ia jelas penting menurut warga Jerman itu.

“Secara automatik anda akan belajar bagaimana mengetuai pasukan," kata Beckenbaue­r. "Ia kemudian membantu saya sebagai jurulatih.

“Bagi semua pasukan pilihan Piala Dunia, hanya Perancis beraksi konsisten sepanjang kejohanan itu.”

Beckenbaue­r berasakan kelab itu sepatutnya mempunyai lebih ramai ahli.

“Ia mengejutka­n kerana dalam era Piala Dunia yang terlalu panjang iaitu sejak 1930, ia tidak ramai,” katanya.

“Sesetengah sudah mencubanya, (Diego) Maradona sebagai contoh, tapi tidak berjaya.”

 ??  ?? Deschamps dilambung pemain Perancis untuk meraikan kejayaan menjuarai Piala Dunia, di Russia.
Deschamps dilambung pemain Perancis untuk meraikan kejayaan menjuarai Piala Dunia, di Russia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia