Berita Harian

Ibu pemain Brazil diculik

-

Rio De Janeiro: Ibu kepada pemain bola sepak Brazil yang beraksi di Piala Dunia Russia, Taison diculik, Isnin lalu oleh penjenayah bersenjata.

Begitupun, mangsa dilepaskan beberapa jam kemudian apabila pihak polis mengesan tempat persembuny­ian penjenayah berkenaan.

Menerusi rakaman kamera keselamata­n, Rosangela Freda 'dipancing' untuk pergi ke pintu pagar kediamanny­a di Pelotas, selatan Brazil oleh lelaki yang membawa bunga sebelum mereka mengheretn­ya ke kereta.

“Dia berada dalam keadaan yang baik. Selain daripada ketakutan, tiada sebarang kecederaan,” kata detektif, Rafael Lopes sambil menambah kumpulan penjenayah berkenaan tidak mempunyai cukup masa untuk menuntut wang tebusan.

Polis menemui tempat persembuny­ian penjenayah berkenaan selepas mereka dapat mengesan kenderaan yang digunakan iaitu Fiat Senna daripada siaran radio pihak berkuasa.

Rekod jenayah

“Kami menutup kawasan sekitar tempat di mana kereta itu ditemui,” katanya. "Dalam kurang sejam kami menemui tempat di mana dia ditahan.”

Apabila polis menyerbu kediaman berkenaan, seorang penjenayah melepaskan diri namun identitiny­a sudah dikenal pasti dan mempunyai rekod bunuh serta jenayah membabitka­n dadah.

Empat lagi penjenayah berjaya ditangkap dengan dua daripada mereka turut mempunyai rekod jenayah dengan pihak polis turut menemui sepucuk pistol, senapang patah dan beberapa jenis dadah di rumah itu.

Tangan diikat

Freda ditemui dengan keduadua tangannya diikat di belakang di kawasan tempat letak kenderaan kediaman berkenaan.

Lopes berkata, kes penculikan bukan jenayah yang sering berlaku di negeri itu.

“Saya sudah menyertai polis sejak lapan tahun lalu dan ia tidak pernah berlaku.”

 ??  ?? Taison bersama ibunya, Rosangela Freda.
Taison bersama ibunya, Rosangela Freda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia