Berita Harian

Liverpool pecah rekod dunia

Bayar RM353J kepada Roma tagih khidmat Becker

-

Liverpool akhirnya berjaya membawa penjaga gol AS Roma, Alisson Becker ke Anfield dengan nilai yang dituntut kelab Itali itu, 66.8 juta pound (RM353.06 juta), semalam.

The Reds pada awalnya membuat tawaran 62 juta pound (RM329.67 juta) kelmarin, namun ditolak sebelum diberikan ‘lampu hijau’ oleh pengurusan tertinggi pasukan untuk memenuhi tuntutan kelab Serie A itu.

Selepas bidaan awal ditolak, Pengarah Sukan Liverpool, Michael Edwards bertindak pantas meningkatk­an tawaran menyamai permintaan buat penjaga gawang yang turut diminati satu lagi kelab Inggeris, Chelsea.

Jika perjanjian itu dimuktamad­kan, tonggak Piala Dunia Brazil di Russia menjadi penjaga gol termahal dunia sekali gus memberi jalan penyelesai­an buat pengurus, Jurgen Klopp di pintu gawang menjelang kempen 2018/19.

Liverpool menyertai pemburuan untuk mendapatka­n pemain di posisi berkenaan sejak persembaha­n buruk yang ditampilka­n penjaga gawangnya, Loris Karius di final Liga Juara-juara, musim lalu.

Bayaran tambahan

Liverpool memiliki hubungan baik dengan AS Roma dan sudah menyatakan minat terhadap Becker, Januari lalu.

Rekod pembelian termahal dunia bagi penjaga gol ketika ini dipegang kelab Manchester City yang membayar 35 juta pound (RM281.8 juta) untuk mendapatka­n seorang lagi pemain Brazil, Ederson pada musim panas lalu.

Sebelum ini, Roma percaya mereka membenarka­n Mohamed Salah menyertai Liverpool dengan harga sederhana dan mereka pasti mahu sedikit bayaran tambahan.

Roma berdepan masalah selepas mereka dihukum kerana melanggar Financial Fair Play 2015, tetapi diselesaik­an apabila menjual Radja Nainggolan kepada Inter Milan, bulan lalu dan kini berdepan tekanan untuk menjual Becker. AGENSI

 ??  ??
 ??  ?? Becker (kiri belakang) bersama pasukan Brazil.
Becker (kiri belakang) bersama pasukan Brazil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia