Berita Harian

3 pemain pilihan Kim Swee

Baddrol, Rizal, Aidil disenarai perkuat skuad B-23 hadapi Sukan Asia

- Oleh Aziman Rosdi

Dua pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali dan Aidil Zafuan Abdul Razak (Johor Darul Ta'zim) mendapat kepercayaa­n jurulatih Datuk Ong Kim Swee untuk memperkuat­kan skuad bawah 23 tahun negara (B-23) bagi mengharung­i saingan Sukan Asia Jakarta-palembang, bulan depan.

Tiga pemain berpengala­man itu melengkapk­an kuota pemain lebih umur dalam senarai 24 pemain yang dipanggil bagi menjalani latihan pusat bermula 30 Julai ini sebelum kejohanan bermula pada 14 Ogos sehingga 1 September.

Menurut Kim Swee, beliau mempunyai alasan tersendiri untuk memanggil Baddrol yang bakal menerajui bahagian tengah manakala kudrat Aidil dan Rizal bakal digunakan untuk melindungi benteng pertahanan.

“Bagi kuota pemain lebih umur pula, saya melihat Baddrol sebagai pemain yang serba boleh dan mampu beraksi di banyak posisi, Aidil pula kepimpinan dan pengalaman­nya diperlukan bagi mengemudi pertahanan manakala Rizal boleh beraksi di pertahanan kanan dan sayap kanan selain berpengala­man.

“Saya tidak mengambil pemain lebih umur di posisi penyerang kerana saya percaya dengan kemampuan pemain muda untuk mengambil tanggungja­wab di bahagian serangan,” katanya.

Senarai akhir

Daripada senarai 24 pemain itu, Kim Swee mengekalka­n 17 pemain daripada skuad 23 pemain yang membawa Malaysia mencipta sejarah mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China pada Januari lalu.

Empat pemain baharu yang disenaraik­an terdiri daripada Syafiq Ahmad (JDT), Faisal Abdul Halim (Pahang), Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC) dan penjaga gol, Khatul Anuar Md Jalil (Kuala Lumpur).

Bagaimanap­un, daripada 24 pemain ini, hanya 20 pemain terbaik akan berada dalam senarai akhir pendaftara­n pemain ke Sukan Asia 2018.

“Selepas melapor diri di Wisma FAM pada 30 Julai, kita akan terbang ke Changzhou, China pada 2 Ogos bagi menghadapi perlawanan persahabat­an bertemu China B-23 pada 5 Ogos dan kembali ke tanah air pada 6 Ogos.

“Kemudian kita akan meneruskan kem latihan di Wisma FAM dan mengadakan satu lagi perlawanan persahabat­an menentang Arab Saudi B-23 di Kuala Lumpur pada 9 Ogos. Jika mengikut jadual asal Sukan Asia 2018, kita akan terbang ke Indonesia pada 12 Ogos sebelum perlawanan pertama pada 14 Ogos," katanya.

Sementara itu, enam pemain diletakkan dalam senarai menunggu jika ada mana-mana di kalangan 24 pemain di atas mengalami kecederaan iaitu Adib Zainudin (JDT), Akhyar Rashid (Kedah), R Kogileswar­an (Pahang), Shahrul Saad (Perak), Evan Wensley Weveslaus (Sabah) dan Syahmi Safari (Selangor).

Pada kempen Sukan Asia, Malaysia diundi menentang Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain dalam Kumpulan E. Penjaga gol

Haziq Nadzli, 20, JDT, Ifwat Akmal Chek Kassim, 22, Kedah Khatul Anuar MD Jalil, 21, Kuala Lumpur

Pertahanan

Dominic Tan, 21, JDT, Adam Nor Azlin, 22, JDT, Aidil Zafuan Abd Radzak, 31, JDT *, Rizal Ghazali,26, Kedah * Matthew Davies, 23, Pahang, Irfan Zakaria, 23, Kuala Lumpur, Syazwan Andik Ishak, 22, Kuala Lumpur, Rodney Celvin Akwensivie, 22, PKNS FC, Syazwan Zaipol Bahari, 23, Perak, Tommy Mawat Bada, 22, PJ Rangers FC

Tengah

Syamer Kutty Abba, 21, JDT, Baddrol Bakhtiar, 30, Kedah *, Nor Azam Azih, 23, Pahang Faisal Abdul Halim, 20, Pahang, Danial Amier Norhisham, 21, FELDA United ,Nik Akif Syahiran Nik Mat, 19, Kelantan

Penyerang

Safawi Rasid, 21, JDT, Syafiq Ahmad, 23, JDT, Hadi Fayyadh Abdul Razak,18, JDT II, Jafri Firdaus Chew, 21, PKNS FC, N Thanabalan, 23, Negeri Sembilan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia