Berita Harian

Adam, Ayumu dengar nasihat

-

Kuala Lumpur: Pengurus pasukan PETRONAS Sprinta Racing, Johan Stigefelt berpuas hati apabila kedua-dua penunggang pasukan itu - Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki - mengikut nasihat yang diberikan pasukan.

Stigefelt sebelum ini meluahkan kekecewaan­nya selepas Adam dan Ayumu sekadar menamatkan saingan di Assen di kedudukan 21 dan 19 namun kedua-duanya bangkit di Litar Sachsenrin­g hujung minggu lalu.

Adam yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11 yang juga mata keempatnya musim ini sementara Ayumu di kedudukan ke-10 di Grand Prix Jerman.

“Mereka mendengar nasihat kami dan melakukan beberapa perubahan yang bagus ketika sesi (latihan, kelayakan). Mereka berusaha keras ketika menunggang dan itu adalah sangat penting dan ia diterjemah­kan ketika perlumbaan,” kata Stigefelt.

Kedudukan ke-19

“Ia adalah sangat sukar bagi semua untuk bertarung secara keseluruha­n, jadi saya gembira yang mereka boleh kekal di atas dan tidak jauh daripada pendahulu.

“Bagi Adam dan Ayumu, saya berpuas hati apabila mereka berada di kedudukan ini menjelang rehat musim panas. Ia membuktika­n apabila mereka berusaha keras ketika sesi latihan, ini adalah hasilnya.”

Selepas Assen, Stigefelt menasihatk­an kedua-dua penunggang itu supaya meningkatk­an persembaha­n dan memahami kepentinga­n berusaha sejak awal minggu sebelum perlumbaan.

Adam yang berasal dari Johor kini berada di kedudukan 19 keseluruha­n Moto3 dengan 24 mata sementara Ayumu di tangga ke-21 (23 mata).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia