Berita Harian

Skuad pelayaran sasar satu emas Sukan Asia

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) meletakkan sasaran untuk mengulangi pencapaian empat tahun lalu di Sukan Asia Jakarta-palembang bulan depan dengan meraih sebutir pingat emas.

Ketua Pegawai Eksekutif MSA, Mazlan Othman menjelaska­n sandaran utama diletakkan kepada Muhammad Fauzi Kaman Shah untuk mengulangi pencapaian skuad pelayaran negara di Incheon, Korea Selatan empat tahun lalu.

"Sebenarnya, terdapat empat acara yang kami lihat berpotensi besar untuk meraih emas. Namun, paling cerah menerusi Fauzi yang menyertai laser 4.7," jelas Mazlan.

Tambah Mazlan, atlet berusia 16 tahun berkenaan kini berada di ranking kedua dunia sekali gus memberikan keyakinan kepada pihaknya meletakkan harapan besar itu.

Capai sasaran

Bagaimanap­un, tiga acara lain yang turut menjadi prospek MSA termasukla­h laser standard yang disertai atlet berpengala­man negara, Khairulniz­am Mohd Afendy.

Turut tersenarai dalam 10 atlet yang terpilih adalah penyumbang emas edisi 2014 iaitu Mohamad Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz menerusi acara 'Double Handed Dinghy 420'.

Sementara itu, ketua kontinjen negara, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan MSA bagi mempersiap­kan atlet mereka.

"Kita berpuas hati dengan persiapan mereka. Berdasarka­n persiapan dan prestasi atlet, mereka yakin dapat mencapai sasaran," katanya.

 ??  ?? Muhammad Fauzi sandaran negara di Sukan ASIA, bulan depan.
Muhammad Fauzi sandaran negara di Sukan ASIA, bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia