Berita Harian

Juara liga julang trofi minggu ini

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Dua pasukan yang bergelar juara Liga Super dan Liga Perdana musim ini akan menjulang trofi yang dimenangi mereka pada aksi masingmasi­ng yang berlangsun­g, minggu ini.

Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menerima trofi pada aksi bertemu Kelantan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat ini.

Skuad bimbingan Raul Longhi itu mengesahka­n kejuaraan mereka selepas menundukka­n Perak 21 di lawan lawan pada 10 Julai ketika saingan masih berbaki empat perlawanan lagi.

Ini adalah kejuaraan kelima berturuttu­rut buat skuad Harimau Selatan itu sekali gus menyaksika­n mereka mencipta sejarah baharu dalam saingan bola sepak tempatan.

Status selaku juara Liga Super musim ini juga membolehka­n mereka mendapat slot automatik ke peringkat kumpulan saingan Liga Juara Juara Asia (ACL) musim hadapan.

Gagal lengkap dokumen

Sementara itu, juara Liga Perdana, FELDA United pula akan merangkul trofi pada aksi bertemu PDRM di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Sabtu ini.

Skuad The Fighters itu muncul juara selepas menewaskan Sarawak 31, kelmarin ketika saingan berbaki dua perlawanan lagi.

Suad bimbingan B Sathianath­an itu hanya memerlukan semusim sahaja untuk kembali beraksi dalam saingan elit bola sepak tempatan itu selepas ‘dihumban’ menyertai Liga Perdana awal musim ini.

Ia susulan kegagalan FELDA United melengkapk­an dokumen membabitka­n penyata kewangan pasukan kerana tidak memperoleh lesen untuk bertanding dalam Liga Super musim 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia