Berita Harian

Nidzam, Irfan kongsi kecewa

- Oleh Izzali Ismail

Alor Setar: Ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff kecewa dengan keputusan pengadil kerana tidak menganuger­ahkan sepakan penalti kepada pasukannya ketika seri 11 dengan Terengganu FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam kelmarin.

Beliau berpendapa­t, skuad Helang Merah seharusnya diberikan sepakan penalti pada lewat perlawanan namun terpaksa menerima keputusan Razlan Joffri Ali.

“Pada pengamatan saya, kami sepatutnya memperoleh sepakan penalti pada hujung perlawanan selepas Mohd Fadzrul Danel (Mohd Nizam) diterjah dari belakang oleh pemain lawan.

“Kami sepatutnya diberikan sepakan penalti, tapi apakan daya kami terpaksa menerima dan menghormat­i keputusan pengadil.”

Kedah sekadar meraih satu mata selepas gol pembukaan kapten Baddrol Baktiar dua minit sebelum rehat disamakan oleh Kamal Azizi Zabri pada minit ke61.

Susah nak menang

Sementara itu, kegagalan Terengganu FC mengambil peluang berikutan Kedah yang tampil dengan barisan tempang selepas beberapa pemain utama cedera dan menjalani penggantun­gan jelas mengecewak­an jurulatihn­ya, Irfan Bakti Abu Salim.

“Amat kecewa kerana kami Ketua jurulatih Kedah tidak mengambil kesempatan susulan Kedah yang kekurangan tanpa beberapa pemain utama seperti Liridon (Krasniqi) dan beberapa pemain lain yang tidak beraksi, namun Kedah yang dibarisi ‘budak muda’, bermain dengan bersungguh­sungguh.

“Kami terpaksa berpuas hati dapat satu mata walaupun Kedah pasukan yang tidak berapa kuat malam ini, kesal rasanya sebab kami tidak ambil kesempatan.

“Antara Terengganu dengan Kedah ini... Terengganu memang susah nak menang dengan Kedah, walau teruk macam mana pun pasukan lawan kami tak menang juga... jadi itulah rugi sangat rasanya.” katanya.

 ?? [ FOTO AMRAN HAMID / BH] ?? Pemain Kedah, Sandro Da Silva (kiri) mengawal bola daripada direbut pemain Terengganu FC, pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman.
[ FOTO AMRAN HAMID / BH] Pemain Kedah, Sandro Da Silva (kiri) mengawal bola daripada direbut pemain Terengganu FC, pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia